Home All Isu Semasa “Ayah Nak Sangat Jumpa Sahabat Dia,” Anak Mohon Netizen Bantu Cari Sahabat...

“Ayah Nak Sangat Jumpa Sahabat Dia,” Anak Mohon Netizen Bantu Cari Sahabat Lama Ayah

4160
0
“Ayah Nak Sangat Jumpa Sahabat Dia,” Anak Mohon Netizen Bantu Cari Sahabat Lama Ayah

Sahabat ini diibaratkan seperti keluarga kedua kita. Sesetengah orang menganggap, sahabat ini adalah orang pertama selepas ahli keluarga untuk mereka meluahkan perasaan. Bila putus berhubung kerana tanggungjawab yang perlu pikul, pasti akan ada secubit perasaan ingin berjumpa dengan sahabat yang pernah bersusah payah dengan kita dahulu.

Seperti perkongsian daripada laman Twitter Maya Nour Eriqa yang memohon kepada seluruh warganet untuk menemukan sahabat karib ayahnya yang telah lama tidak berhubung. Tambahan pula, keadaan ayahnya kini uzur akibat penyakit strok.

Ya, siapa yang tidak sedih dengan permintaan seorang ayah yang sedang uzur untuk bertemu dengan sahabat lamanya setelah bertahun terpisah.

BACA: Ciri-Ciri Yang Diperlukan Dalam Memilih Sahabat Menurut Islam

sahabat

Assalammualaikum wrh wbt…

Ayah saya sudah lama mencari kawan baik beliau yang sudah terpisah. Ayah saya sakit stroke sekarang. Dia meminta tolong agar saya carikan kawan baiknya ini. Kami sekeluarga sudah cuba mencari di Petaling Jaya tetapi semuanya hampa.

“Ayah teringin sangat nak jumpa sahabat dia sebelum ayah pejam mata..”

sahabat

Maklumat yang ada sedikit terhad, menyukarkan usaha kami mencari Zaki bin Aroff. Dia kawan baik ayah. Ayah teringin sangat nak jumpa dia sebelum ayah pejam mata. Wallahualam sama ada dia masih hidup atau sudah meninggal dunia.

Mohon jasa baik rakan2 Twitter share/RT twit ini. Jasa baik Tuan Puan saya dahului dengan ucapan jutaan terima kasih. In shaa Allah, kalau ada rezeki ayah dapat berjumpa semula dengan kawan baiknya. Moga Allah permudahkan.

Ini merupakan foto ayahnya semasa muda. Mungkin dengan foto ini, mereka dapat bertemu. Tanda bulat tersebut merupakan ayah kepada gadis ini.

“Ayah Nak Sangat Jumpa Sahabat Dia,” Anak Mohon Netizen Bantu Cari Sahabat Lama Ayah 1

Maklumat Tambahan: Zaki bin Aroff bersekolah di Westland Pulau Pinang. Beliau tinggal di Berek Polis Petani Road, Pulau Pinang. Beliau berasal daripada Kampung Simpang Empat Seberang Perai, Pulau Pinang.

Untuk maklumat ayahnya bernama Sobri bin Md. Isa berasal daripada Alor Setar, Kedah. Beliau juga dikenali dengan gelaran Pak Su Sobri.

Sumber: Maya Nour Eriqa

Baca Selanjutnya

“Ayah Nak Sangat Jumpa Sahabat Dia,” Anak Mohon Netizen Bantu Cari Sahabat Lama Ayah 2

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here