Sebuah kematian yang mengejutkan pelbagai pihak apabila Ashraf Sinclair selaku pelakon dari Malaysia yang berjaya menempa nama melalui bidang lakonan di Malaysia dan juga Indonesia dilaporkan telah meninggal dunia pada 5 pagi tadi di MMC Kuningan, Jakarta.
Menurut laporan daripada KompasTV, punca pelakon dan juga ahli perniagaan berusia 40 tahun ini berpunca daripada serangan jantung. Laporan ini turut disahkan oleh pengurus Bunga Citra Lestari selaku isteri kepada Ashraf Sinclair.
Untuk pengetahuan, pelakon berdarah kacukan Melayu dan Inggeris ini pernah popular dalam filem dan siri Gol & Gincu The Series sebelum melebarkan sayapnya ke Indonesia.
Beliau yang bernikah dengan penyanyi terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari pada tahun 2008 turut dikurniakan seorang cahaya mata, Noah Sinclair pada tahun 2010.
Pada minggu lalu, warga Malaysia dikejutkan dengan pemergian mengejut Abam Bocey yang menyetuh hati pelbagai pihak.

[…] Juga Hancur’ – Bunga Citra Tenangkan Anak Di Majlis Pengebumian Suami | Jenazah Allahyarham Ashraf Sinclair telah selamat dikebumikan di San Diego Hill, Jakarta selepas solat Asar waktu tempatan. Suasana […]
[…] juga mendorong ikon fesyen itu memutuskan untuk bersara daripada dunia fesyen selain berita pemergian rakan-rakan industri seni pada usia muda turut menjentik keinsafan dalam […]