KERAJAAN Arab Saudi menggantung seketika kemasukan jemaah umrah ke Makkah susulan penularan koronavirus atau Covid-19 ke Timur Tengah.
Kementerian Luar dalam satu kenyataan berkata, kerajaan ‘menangguhkan kemasukan jemaah untuk tujuan melakukan umrah dan ziarah ke Masjid Nabawi buat sementara’.
Ibadah umrah menarik puluhan ribu Muslim dari seluruh dunia setiap bulan. Walaupun jumlah kes Covid-19 mencatatkan penurunan di China, terdapat peningkatan mendadak di bahagian Asia, Eropah dan Timur Tengah.
Iran telah muncul sebagai lokasi panas di rantau Timur Tengah, di mana 15 orang telah meninggal dunia akibat penyakit tersebut.
Negara-negara teluk di Kuwait dan Bahrain juga telah mengumumkan kes-kes tambahan minggu ini.
Halangan Melakukan Umrah Dari Negara Berisiko
Selain menghalang jemaah dari melakukan umrah, Saudi juga menghalang pemberian visa kepada pelawat yang berasal dari negara yang mempunyai risiko tinggi membawa virus. Senarai negara yang jatuh ke dalam kategori ini tidak pula diberikan pada waktu ini.
Tindakan yang diambil tidak pernah dilakukan sebelum ini walaupun ketika kemuncak wabak MERS pada tahun 2012 yang meragut 600 nyawa. Seperti MERS, virus SARS-CoV-2 yang mengakibatkan Covid-19 adalah dari keluarga koronavirus.
Kerajaan Saudi menegaskan halangan ini hanyalah sementara bagi mengelakkan penyebaran virus. Ia pastinya mendapat perhatian umat Islam kerana musim haji tahun ini akan bermula pada bulan Julai. Sekiranya halangan tidak ditarik sebelum bulan tersebut, terdapat kebarangkalian musim Haji tahun ini dibatalkan. – CNA

[…] Korea Utara, Kim Jong Un mengambil langkah drastik untuk mengekang penyebaran coronavirus (COVID-19) di negaranya dengan dakwaan telah mengesahkan pelaksanaan hukuman mati kepada pesakit di negara […]
[…] Kesihatan semalami mengumumkan empat kes baru Covid-19, menjadikan jumlah keseluruhan 29 […]
[…] Malindo Air Diberi Notis Cuti Tanpa Gaji Selama Dua Minggu Kerana COVID-19 | Penangan COVID-19 atau coronavirus bukan hanya menggugat kesihatan masyarakat malah beberapa syarikat turut terjejas […]
[…] wanita warga Singapura, Julie pesakit Covid-19 yang kini sudah sembuh sepenuhnya daripada Coronavirus telah menceritakan apa yang dia rasai sebelum kena kuarantin selama 9 […]
[…] video tersebut terus tersebar sehingga mengelirukan ramai. Seperti sedia maklumkan, buat masa ini Makkah dan Madinah sedang total lockdown. Tiada sesiapa dibenarkan keluar […]
[…] video tersebut terus tersebar sehingga mengelirukan ramai. Seperti sedia maklumkan, buat masa ini Makkah dan Madinah sedang total lockdown. Tiada sesiapa dibenarkan keluar […]
[…] BACA: Arab Saudi Gantung Kemasukan Jemaah Umrah Susulan Penularan Covid-19 […]
[…] BACA: Arab Saudi Gantung Kemasukan Jemaah Umrah Susulan Penularan Covid-19 […]
[…] BACA: Arab Saudi Gantung Kemasukan Jemaah Umrah Susulan Penularan Covid-19 […]