Home All Isu Semasa Permohonan Pulang Melalui Aplikasi Gerak Malaysia Bagi Yang ‘Tersangkut’ Di Kampung Semasa...

Permohonan Pulang Melalui Aplikasi Gerak Malaysia Bagi Yang ‘Tersangkut’ Di Kampung Semasa PKP

3780
2
Permohonan Pulang Melalui Aplikasi Gerak Malaysia Bagi Yang ‘Tersangkut’ Di Kampung Semasa PKP

Permohonan Pulang Melalui Aplikasi Gerak Malaysia Bagi Yang ‘Tersangkut’ Di Kampung Semasa PKP | Ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diisytihar kerajaan, ramai rakyat Malaysia yang terperangkap dan terkandas di kampung.

Kerajaan tidak membenarkan sebarang perjalanan lintas negeri jika tiada urusan penting.

Kini, menerusi satu sidang media, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membenarkan sesiapa yang ingin meneruskan perjalanan luar negeri membuat laporan diri menerusi satu aplikasi.

Aplikasi Gerak Malaysia

Aplikasi Gerak Malaysia

Disebabkan itu, mereka yang berkeinginan untuk pulang ke rumah masing-masing perlu melapor diri kepada polis menerusi aplikasi dalam talian dinamakan GerakMalaysia yang dibangunkan dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) bermula 25 April ini

BACA: Puasa Mula Minggu Depan, Rakyat Dilarang Balik Kampung. “Memang Tak Boleh…”

Menurutnya, orang ramai yang terkandas di kampung halaman perlu melapor diri sebelum membuat perjalanan merentas negeri ke rumah masing-masing. Orang ramai boleh membuat laporan menerusi aplikasi GerakMalaysia atau terus ke balai polis berhampiran bermula 25 April ini.

Aplikasi Gerak Malaysia Elak orang ramai serbu balai

Aplikasi Gerak Malaysia

Ini bagi memastikan proses pendaftaran berjalan dengan lancar dan mengelak orang ramai menyerbu balai polis secara beramai-ramai.

Bagaimanapun keputusan muktamad hanya akan dikeluarkan selepas 1 Mei selepas mendapat kelulusan Majlis Keselamatan Negara (MKN) atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Pelancaran aplikasi ini bagi mengelakkan orang ramai menyerbu balai polis berhampiran. Walau bagaimanapun, keputusan kebenaran merentas negeri hanya boleh dikeluarkan selepas 1 Mei apabila mendapat kelulusan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Sumber: Harian Metro

Baca Selanjutnya
Permohonan Pulang Melalui Aplikasi Gerak Malaysia Bagi Yang ‘Tersangkut’ Di Kampung Semasa PKP 1

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here