Home All Isu Semasa Apabila Adab Mendahului Ilmu, Video Ini Patut Ibu Bapa Kongsi Dengan Anak-Anak

Apabila Adab Mendahului Ilmu, Video Ini Patut Ibu Bapa Kongsi Dengan Anak-Anak

1339
0
Apabila Adab Mendahului Ilmu, Video Ini Patut Ibu Bapa Kongsi Dengan Anak-Anak

Apabila Adab Mendahului Ilmu, Video Ini Patut Ibu Bapa Kongsi Dengan Anak-Anak | Tidak dapat dinafikan zaman sekarang anak-anak muda semakin terpengaruh dengan budaya-budaya barat lebih-lebih dari segi sikap mereka terhadap orang tua.

Dalam budaya barat, orang-orang tua yang kurang berpengetahuan atau tidak berilmu sering dipersendakan, malah golongan muda-muda sering mempertikaikan mengapa mereka perlu menghormati orang yang lebih tua tanpa apa-apa sebab, hanya kerana mereka lahir dahulu.

Namun dalam budaya timur adab adalah lebih penting dari ilmu dan kita diajarkan untuk menghargai orang yang lebih berpengalaman dari kita.

Itulah yang digambarkan dalam sebuah video yang tular baru-baru ini sekali gus membuat ramai bangga dengan cara orang timur yang pandai menghormati dan menjaga adab dengan orang tua.

Adab

Adab Dengan Orang Lebih Tua

Dalam video yang dikongsikan, seorang wanita tua sedang berjalan di tepi jalan apabila beberapa anak muda datang sambil menunggang basikal.

Sebaik berselisih dengan warga emas itu, remaja-remaja berkenaan turun dari basikal mereka dan menyapa orang tua itu sambil meminta izin untuk lalu.

Tindakan tersebut mempamerkan keindahan budaya timur di mana warga emasnya dihargai dan dilayan dengan penuh hormat.

Video dari Indonesia itu mengundang ramai netizen untuk turut berkongsikan pengalaman masing-masing dalam melakukan perkara yang sama.

“Aku pilih adab sebelum ilmu…”

Ramai memberikan respon positif dan kenangan mereka semasa kecil yang diajar agar menundukkan sedikit badan jika bertembung atau ingin berjalan di hadapan orang yang lebih berusia.

Tidak kurang yang agak kecewa dengan generasi muda mudi sekarang yang langsung tidak peduli dengan budaya menghormati ketika bertembung dengan orang yang lebih tua. Malahan jika berselisih bahu sekalipun agak sukar untuk mereka meminta maaf.

Diharap ibu bapa dapat kongsikan video ini kerana agak penting kita tekankan soal menghormati orang lain kepada anak-anak dan jangan hanya mengutamakan pendidikan di sekolah sahaja.

BACA JUGA: Wanita Ini Kongsi Pentingnya Adab & Disiplin Dalam Menuntut Ilmu, Jangan Ganggu Waktu Rehat Guru!

Apabila Adab Mendahului Ilmu, Video Ini Patut Ibu Bapa Kongsi Dengan Anak-Anak 1

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here