Home Pengetahuan Antara 10 Poster Iklan Klasik Yang Membawa Anda Mengimbau Kenangan Lalu

Antara 10 Poster Iklan Klasik Yang Membawa Anda Mengimbau Kenangan Lalu

1206
2
Antara 10 Poster Iklan Klasik Yang Membawa Anda Mengimbau Kenangan Lalu

Antara 10 Poster Iklan Klasik Yang Membawa Anda Mengimbau Kenangan Lalu | Pastinya ramai yang akan teringat kembali kenangan lalu bila terlihat iklan atau siaran televisyen yang pernah disiarkan suatu masa dahulu.

Sama ada anda mendapat kasut Bata untuk hari raya, ibu keriangan mendapat seterika Nationalnya atau ayah tersenyum riang membawa pulang televisyen berwarna yang pertama. Semuanya pasti menyentuh hati dan menggamit memori.

Kami kongsikan 10 poster iklan klasik yang akan mengimbau anda ke masa lalu.

1. Periuk nasi dan seterika National

poster iklanPada era 1980an, National merupakan jenama barangan elektrik paling terkenal di Malaysia. Apabila sebut sahaja ingin beli barang seperti mesin basuh, peti tv, peti ais, seterika atau periuk nasi pastinya jenama National menjadi pilihan utama.

Kini nama National tidak lagi didengari. Ini kerana ia sudah ditukar kepada Panasonic, dan Panasonic kini merupakan di antara jenama paling terkenal di dunia.

2. Proton Saga

poster iklan Antara 10 Poster Iklan Klasik Yang Membawa Anda Mengimbau Kenangan Lalu 1Kereta Proton Saga merupakan jenama kebanggaan Malaysia yang melancarkan kereta pertamanya pada tahun 1985. Kereta pertama buatan Malaysia ini pernah memenangi pebagai anugerah dunia. Kini ia menjadi koeksi klasik bagi peminatnya.

3. Mesin jahit Singer

poster iklan

Pasti terbayang ibu yang sibuk menjahit pakaian ataupun langsir setiap kali menjelang hari raya. Bunyian dari pedal kakinya bagaikan irama yang telah menjadi kebiasaan di rumah yang memilik mesin jahit ini.

Anda pasti sering di marahi ibu bila menjadikan mesin jahit ini sebagai kereta lumba. Mesin jahit Singer masih agi menjadi pilihan sehingga kini, tetapi berteknologi dan berbentuk moden seiring perkembangannya.

4. Kasut Bata

Antara 10 Poster Iklan Klasik Yang Membawa Anda Mengimbau Kenangan Lalu 2 Antara 10 Poster Iklan Klasik Yang Membawa Anda Mengimbau Kenangan Lalu 3

Kasut jenama Bata merupakan pilihan yang popular di kalangan rakyat malaysia sebelum Nike, VANS atau Adidas. Ia menjadi kasut pilihan kerana berkualiti dengan harga yang berpatutan. Waaupun Bata sangat sinonim sebagai jenama di Malaysia, ia sebenarnya bermula di Czech Republic pada tahun 1894.

5. McDonald’s McRendang

Antara 10 Poster Iklan Klasik Yang Membawa Anda Mengimbau Kenangan Lalu 4

Pasti ramai yang tidak menyangka McDonald’s pernah mengeluarkan burger McRendang. Menurut Asian Model of Entrepreneurship, McRendang merupakan piihan popuar suatu ketika dahulu. Dipanggil sebagai Taste of Malaysia, ianya dijual dengan harga RM 1.39 sen sahaja ketika itu.

6. Susu Cap Junjung

Antara 10 Poster Iklan Klasik Yang Membawa Anda Mengimbau Kenangan Lalu 5 Antara 10 Poster Iklan Klasik Yang Membawa Anda Mengimbau Kenangan Lalu 6

Nestle memulakan perniagaannya dengan mengeluarkan hanya satu jenis produk iaitu susu pekat Cap Junjung. Nestle yang bermua di Pulau Pinang pada tahun 1912 kini merupakan jenama yang sangat terkenal dengan pelbagai produk makanan seperti Nescafe, Milo, KitKat dan pelbagai lagi. Setiap ibu suatu ketika dahulu pasti akan memilih susu Cap Junjung sebagai pilihan utama untuk menyediakan minuman.

7. Bateri Eveready

Antara 10 Poster Iklan Klasik Yang Membawa Anda Mengimbau Kenangan Lalu 7

Eveready dan bateri menjadi sangat sinonim dan popular sejak dahulu. Setiap rumah pasti menggunakan jenama ini untuk lampu suluh, radio dan sebagainya. Eveready merupakan keluaran Energizer Holdings, syarikat pengilang terkenal di Amerika yang turut mengeluarkan bateri Energizer. Nama asal Eveready ialah American Ever Ready Company yang diasaskan oleh Conrad Hubert.

8. Serbuk pencuci Harimau

Antara 10 Poster Iklan Klasik Yang Membawa Anda Mengimbau Kenangan Lalu 8

Jenama Harimau ini sangat popular sejak tahun 1980an. Kita pasti teruja bila mendengar ngauman harimau di dalam iklan televisyennya. Kini jenama serbuk pencuci ini masih menjadi pilihan dan di kenali dengan nama Kuat Harimau.

9. F&N – Air Oren Red Lion

Antara 10 Poster Iklan Klasik Yang Membawa Anda Mengimbau Kenangan Lalu 9

Jenama Fraser & Neave (F&N) mengeluarkan air Red Lion pertamanya pada tahun 1954, di mana ia tidak berkarbonat seperti sekarang dan dibuat menggunakan jus sebenar bagi pelanggan yang mementingkan kesihatan. Minuman F&N kini terus menjadi pilihan bagi para penggemarnya.

10. Pasaraya Globe Silk Store

Antara 10 Poster Iklan Klasik Yang Membawa Anda Mengimbau Kenangan Lalu 10

Sebelum wujudnya Jakel Mall, Bangi Central dan KWC Fashion Wholesale, Globe Silk Store sentiasa sesak dengan pelanggan untuk berbelanja setiap kali menjelang Hari Raya ataupun ketika mendapatkan keperluan sekolah.

Globe Silk Store yang terletak di Batu Road, Kuala Lumpur menamatkan perniagaannya pada 2005 setelah pemiliknya mengisytiharkan kebankrapan.

11. Poster Iklan Cadbury

Antara 10 Poster Iklan Klasik Yang Membawa Anda Mengimbau Kenangan Lalu 11

12. Poster Iklan Milo

Antara 10 Poster Iklan Klasik Yang Membawa Anda Mengimbau Kenangan Lalu 12

BACA: 5 Cara Lain Memasak Maggi yang Akan Membangkitkan Selera. Budak U mesti suka ini!

13. Poster Iklan Maggi

Antara 10 Poster Iklan Klasik Yang Membawa Anda Mengimbau Kenangan Lalu 13

14. Poster Iklan Nescafe

Antara 10 Poster Iklan Klasik Yang Membawa Anda Mengimbau Kenangan Lalu 14

Pasti ramai yang sedang mengimbau kenangan lalu setelah melihat poster iklan -iklan ini. Apa lagi iklan dahulu yang anda masih ingati? Jom kongsi dengan kami.

BACA: Poster Penjarakan Sosial Dikoyakkan Pengguna LRT Semasa Hari Pertama PKPB

Antara 10 Poster Iklan Klasik Yang Membawa Anda Mengimbau Kenangan Lalu 15

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here