Home All Isu Semasa Anjing Jiran Saya Tidak Bermaya, Rupanya Dia Terkandas Di Singapura, Saya Beri...

Anjing Jiran Saya Tidak Bermaya, Rupanya Dia Terkandas Di Singapura, Saya Beri Anjing Dia Makan, Kalau Tuannya Rindu Saya Buat Video Call

12707
4
Anjing Jiran Saya Tidak Bermaya, Rupanya Dia Terkandas Di Singapura, Saya Beri Anjing Dia Makan, Kalau Tuannya Rindu Saya Buat Video Call

Anjing Jiran Saya Tidak Bermaya, Rupanya Dia Terkandas Di Singapura, Saya Beri Anjing Dia Makan, Kalau Tuannya Rindu Saya Buat Video Call | TIDAK sangka di sebalik Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, rupa-rupanya ada peristiwa manis yang merapatkan ikatan dua jiran ini hanya kerana seekor anjing.

Kelibat anjing peliharaan yang dilihat kelaparan membuka rahsia seorang jirannya yang tidak dapat pulang dan kini terkandas di Singapura sejak PKP fasa satu dikuatkuasakan.

Muhammad Faiz Mohd Rozi, 31, berkata, dia perasan hari kedua pelaksanaan PKP, anjing jirannya di kawasan perumahan Pulai Jaya, Skudai, Johor kelihatan tidak bermaya dan lapar.

Sejak PKP Bermula Bantu Bagi Makan Anjing Jiran

“Sejak itu sehingga sekarang (PKP fasa dua) saya memberi makan anjing milik jiran depan rumah.

“Saya juga berhubung dengan jiran dan dia memberitahu terkandas di Singapura dan tidak dapat pulang ke rumah, manakala isterinya berada di Kuala Lumpur,” katanya kepada Harian Metro.

Muhammad Faiz berkata, sudah menjadi tanggungjawabnya sebagai jiran membantu mereka yang dalam kesusahan.

“Saya juga membela kucing dan minat binatang, hari pertama saya terpaksa memberi anjing berkenaan makanan kucing.

“Bagaimanapun, atas rasa tanggungjawab dan cintakan binatang, saya membeli makanan khas untuk anjing dan mencuci najisnya dengan terpaksa memanjat pagar jiran,” katanya.

Menurutnya, dia akan memberi makan anjing berkenaan tiga kali sehari iaitu pagi, petang dan malam.

“Tetapi, kalau anjing berkenaan menyalak pada tengah malam pun, saya akan keluar dan beri makan,” katanya.

Dia yang mempunyai syarikat menjalankan kerja pembaikan telekomunikasi berkata, setiap kali jirannya merindui anjing berkenaan, dia akan membuat panggilan video.

“Saya akan menjadi orang perantara dengan memberikan jiran berbual dengan anjingnya.

“Anjing berkenaan seolah-olah memahami kesusahan tuannya dan hanya tunduk diam,” katanya.

Katanya, sebelum ini hubungannya dengan jiran agak kurang rapat, namun selepas peristiwa itu dia menjadi rapat dengan jirannya itu.

“Kami saling berkenalan, tetapi tidak terlalu rapat kerana masing-masing mempunyai komitmen kerja, tetapi tidak sangka pula ketika PKP dilaksanakan kami semakin rapat.

“Jiran akan selalu menghubungi saya untuk bercakap dengan anjingnya dan akan membuat panggilan video untuk melihat anjing berkenaan,” katanya.

Jiran Depan Rumah Aku Rasa Terkandas Dekat Sg Xdapat Balik…. Sehari 2kali Aku Bagi Makan Anjing Peliharaan Dia Ni…. Dulu Tengok Aku Pun Xboleh Sekarang Manja Yang Amat2….Update : Air jangan Risau, kawan dah sediakan.. Cuma xde dalam video!!

Posted by Muhammad Faiz on Tuesday, March 24, 2020

kredit harian metro

Anjing Jiran Saya Tidak Bermaya, Rupanya Dia Terkandas Di Singapura, Saya Beri Anjing Dia Makan, Kalau Tuannya Rindu Saya Buat Video Call 1

4 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here