Home All Isu Semasa Anjing Ini Masih Setia Menunggu Tuannya Yang Telah Meninggal Dunia Akibat COVID-19

Anjing Ini Masih Setia Menunggu Tuannya Yang Telah Meninggal Dunia Akibat COVID-19

2757
2
Anjing yang setia di Wuhan, China, terus menunggu selama tiga bulan tanpa mengetahui bahawa pemiliknya telah meninggal dunia disebabkan COVID-19.

Haiwan itu awalnya datang ke Hospital Taikang, setelah majikannya, seorang wanita tua, dirawat di sana pada bulan Februari lalu.

Pemiliknya telah dilaporkan meninggal dunia setelah lima hari berada di hospital. Tetapi menurut anggota kakitangan hospital Zhu Youzhen, seekor haiwan peliharaan bernama Xiao Bao (Little Treasure) terus menunggu tuannya di sana selama tiga bulan.

BACA: Apa Perlu Buat Jika Dikejar Anjing? ini Cara-Cara Untuk Selamatkan Diri

Selama di hospital, haiwan peliharaan jenis Mongrel yang berusia tujuh tahun itu diberi makan oleh kakitangan hospital sehingga perintah ‘lockdown’ dicabut di Wuhan pada 13 April lalu.

anjing

Setelah itu, Xiao Bao diambil oleh Wu Cuifen, seorang pekerja yang menguruskan pasar raya di Hospital Taikang. Wu mendedahkan, dia mengenali haiwan peliharaan itu. “Saya kemudian memanggilnya Xiao Bao. Itu namanya,” jelasnya.

Menurut kakitangan hospital, haiwan peliharaan tersebut tidak mengetahui bahawa tuannya sudah lama meninggal dunia dan terus setia menunggu kepulangan tuannya.

“Dia tidak pernah meninggalkan hospital. Kisah ini membuat saya tersentuh kerana dia adalah haiwan peliharaan yang setia,” kata Wu.

Wu berkata setelah memutuskan untuk menjaganya, setiap kali dia membuka kedai, Xiao Bao akan datang dan kemudian menunggu tuannya di hadapan kedainya.

BACA: Anjing Jiran Saya Tidak Bermaya, Rupanya Dia Terkandas Di Singapura, Saya Beri Anjing Dia Makan, Kalau Tuannya Rindu Saya Buat Video Call

Anjing Ini Masih Setia Menunggu Tuannya Yang Telah Meninggal Dunia Akibat COVID-19 1

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here