Home All Isu Semasa Anjing Bawa Kucing Terbiar Pulang ke Rumah, Ramai Netizen Terharu!

Anjing Bawa Kucing Terbiar Pulang ke Rumah, Ramai Netizen Terharu!

1571
0
Anjing Bawa Kucing Terbiar Pulang ke Rumah, Ramai Netizen Terharu!

Anjing Bawa Kucing Terbiar Pulang ke Rumah, Ramai Netizen Terharu! | Selain daripada peka dengan keadaan sekeliling, anjing juga kadang kala memiliki sifat empati terhadap sesuatu yang dilihatnya.

Rata-rata haiwan bernama anjing ini mempunyai sikap yang suka menolong apabila terdapat binatang atau manusia yang memerlukan bantuan mereka.

Tidak terkecuali dengan satu peristiwa baru-baru ini, tular sebuah video yang dimuat naik oleh satu akaun Twitter yang dikenali sebagai @FXTV dimana terdapat seekor anjing yang berwarna coklat terjumpa kucing terbiar yang sedang berada di jalanan.

kucing terbiar

Menerusi Tweet berkenaan, anjing itu kelihatan sangat tertarik dengan kucing terbiar tersebut.

Lebih mengujakan apabila anjing itu telah meminta kebenaran daripada tuannya untuk membawa haiwan kecil itu pulang dengan menggunakan pandangan mata. Setelah daripada itu, anjing tersebut kelihatan seperti sedang membimbing kucing terbiar terbabit sehinggalah mereka tiba di kawasan rumah berkenaan.

Perkara tidak disangka-sangka berlaku apabila anjing itu bersikap sangat baik hati dan prihatin apabila ia menggendong anak kucing terbabit kerana tidak pandai untuk melangkah masuk ke rumah mereka.

Rata-rata warga netizen berasa terharu dengan tindakan comel haiwan terbabit kerana berjaya menyelamatkan binatang lain yang di dalam kesusahan.

Posting itu telah meraih perhatian ramai sehingga menerima sebanyak 21.9 ribu tontonan umum selain daripada mendapat sebanyak 1804 ribu ulang kicau dan komen berserta 1767 ribu tanda suka menerusi laman akaun Twitter tersebut.

BACA JUGA: Sayu Lihat Tuan Pergi, Kucing Peliharaan Dibuang Tepi Jalan Buat Netizen Geram!

Anjing Bawa Kucing Terbiar Pulang ke Rumah, Ramai Netizen Terharu! 1

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here