Home All Isu Semasa Anggota Polis Buat Kejutan Kepada Ibunya Setelah 9 Bulan Terpisah

Anggota Polis Buat Kejutan Kepada Ibunya Setelah 9 Bulan Terpisah

1717
0
Anggota Polis Buat Kejutan Kepada Ibunya Setelah 9 Bulan Terpisah

Anggota Polis Buat Kejutan Kepada Ibunya Setelah 9 Bulan Terpisah | Sepanjang permulaan PKP pada pertengahan bulan Februari bukan sahaja ianya telah memisahkan ramai rakyat Malaysia dari keluarga masing-masing.

Malahan perpisahan sementara ini turut dirasai oleh para petugas barisan hadapan.

Menerusi satu perkongsian di laman Instagram, seorang lelaki dipercayai seorang anggota polis menanggung rindu selama 9 bulan sebelum dapat bertemu mata dengan ibunya.

anggota polis

Klip video anggota polis tersebut berdurasi 2 minit 19 saat berkenaan dimuatnaik di Instagram Friends of PDRM mendapat lebih 60 ribu tontonan dalam masa beberapa jam.

Pemuda itu pada mulanya berlakon mahu menjadi pembeli di gerai nasi lemak ibunya sambil dirakam video oleh seorang lagi rakan.

“Anggota polis ini 6 bulan dalam Pusat Latihan, 3 bulan PKP, tak dapat jumpa Mak dan family.. Sekali dia buat surprise datang gerai nasi Lemak Mak dia..

“Siapa yang belum dapat jumpa Mak Ayah lagi boleh la Video call sekarang. Hargai dan kasihilah selagi mereka ada..”

BACA: Ditegur Polis Ketika Sedang Bergambar, Telatah Lelaki Ini Undang Ketawa Netizen

Anggota Polis Buat Kejutan Kepada Ibunya Setelah 9 Bulan Terpisah 1

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here