Home All Keluarga Anak Sulung Ozlynn & Johan Ketuk Bilik Nak Subuh di Masjid. Sejuk...

Anak Sulung Ozlynn & Johan Ketuk Bilik Nak Subuh di Masjid. Sejuk Perut…

4909
1
anak sulung

Jika anda mengikuti laman Instagram milik pasangan terkenal ini, Ozlynn dan Johan pastinya bukan saja terhibur dengan gelagat mereka namun turut menjadikan inspirasi dengan perkongsian mereka.

Pasangan ini bagaimanapun diantara selebriti yang jarang sekali terpalit kontroversi namun membuatkan ramai bangga cara mereka mendidik anak.

Tidak hanya membuatkan ramai salute kerana mendidik kelima anaknya untuk menunaikan solat tidak kira umur. Namun sikap baik anak sulungnya yang dikenali Ariq juga membuatkan ramai peminat dan rakan selebriti terkenal memberikan pujian.

Menerusi perkongsian terbaru, tulisnya anak sulung mereka mengetuk pintu bilik kerana ingin solat subuh di masjid.

“Dia ketuk bilik nak subuh kat masjid… kita cakap mama boleh anta… dia cakap takpe la cuba call pakcik dia (adik aku) so aku teruskanlah urusan aku dalam bilik…”

Mencari Anak

Pada 6.20 pagi membuatkan dia tercari anaknya yang adakah jadi untuk ke masjid lalu dia terdengar suara sayup orang mengaji. Puas dirinya mencari rupanya dalam bilik game.

Kata anaknya itu, dia tidak dapat ke masjid kerana pakcik tidak menjawab telefon jadi dia menunaikan solat dan mengaji dirumah saja. Berikutan dirinya yang boleh menghantar namun dia tidak mahu menganggu dan inginkan Ozlynn berehat.

Selain dia juga tidak ingin menganggu adik kecilnya Moleiq dan Chantiq yang sedang tidur membuatkan dia mengaji diruangan berkenaan.

anak sulung

Ozlynn mendoakan anak sulungnya itu dan berterima kasih kerana mempunyai anak bertuah itu. Ternyata perkongsian Ozlynn membuatkan ramai terharu dan rakan selebriti meninggalkan pelbagai komen.

Reaksi ramai rakan artis

anak sulung

Sumber: Ozlynn & Johan

Anak Sulung Ozlynn & Johan Ketuk Bilik Nak Subuh di Masjid. Sejuk Perut… 1

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here