Home All Isu Semasa Kumpulan Anak Orang Asli Kena Sakat Abang Polis Dapat Perhatian Mufti Perlis

Kumpulan Anak Orang Asli Kena Sakat Abang Polis Dapat Perhatian Mufti Perlis

27863
0
Kumpulan Anak Orang Asli Kena Sakat Abang Polis Dapat Perhatian Mufti Perlis

Kumpulan Anak Orang Asli Kena Sakat Abang Polis Dapat Perhatian Mufti Perlis | Video sekumpulan kanak-kanak dipercayai anak Orang Asli yang keluar rumah ketika perintah kawalan pergerakan (PKP)  ‘diceramah’ seorang anggota polis viral di laman sosial.

Video ini mendapat perkongsian dari ramai netizen kerana bukan kerana perangai anak-anak ni yang dikatakan “degil” tak nak dengar arahan dan masih berkeliaran keluar. Tetapi kerana gurauan abang polis yang menggunakan modal ” lori polis” membuatkan anak-anak ni sakan menangis.

Disebalik ketegasan abang polis itu ada sisi baik yang ramai memberikan tabik hormat pada abang polis tersebut.

Perkara tersebut turut mendapat perhatian Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Sisi menarik dari pandangan mufti

Saya menonton video ini, saya dapati ada beberapa sisi yang menarik. Pertama, pegawai PDRM berkenaan telah menjalankan tugas dengan baik. Memberi amaran dan juga memberikan maklumat kepada anak-anak yang kita kasihi ini. Itu semua untuk kebaikan mereka juga.

Kedua, dalam masa yang sama juga beliau memenuhi nilai insani yang tinggi sebagai seorang insan dengan membeli jualan anak tersebut. Saya percaya beliau tidak memerlukannya tapi sebagai tanda kasih dan simpati. Terasa sebak apabila melihat sikap yang mulia itu. Marilah kita doakan agar ALLAH memberikan beliau rezeki yang luas.

Ketiga, di sudut anak-anak tersebut, dari penampilan mereka, kita lihat tersangat sederhana kehidupan yang mereka sedang lalui. Tanpa kasut di kaki dan pakaian yang amat biasa. Mungkin mereka juga tiada hiburan seperti kebanyakan anak-anak kita. Alam adalah kehidupan mereka.

Saya percaya ALLAH memberikan kegembiraan dunia kanak-kanak mereka mungkin melebihi sebahagian besar anak-anak orang di bandar. Kegembiraan itu boleh hadir dalam pelbagai rupa. Namun, zahirnya, mereka dalam keadaan yang sukar dari segi kebendaan. Barangkali peristiwa itu menjadi kenangan dalam hidup mereka. Marilah kita doakan agar ALLAH memberikan masa depan yang baik untuk semua anak-anak tersebut.

Netizen murah hati nak derma kasut kepada kumpulan anak orang asli

Kumpulan Anak Orang Asli Kena Sakat Abang Polis Dapat Perhatian Mufti Perlis

Ada yang tolong belikan

Kumpulan Anak Orang Asli Kena Sakat Abang Polis Dapat Perhatian Mufti Perlis

Kumpulan Anak Orang Asli Kena Sakat Abang Polis Dapat Perhatian Mufti Perlis

Video berkenaan mengundang simpati segelintir netizen yang cuba menjejaki kumpulan kanak-kanak berkenaan dan menyalurkan sumbangan kasut dan barangan sukan buat mereka.

Tidak lama kemudian, dimaklumkan ada pihak yang telah bermurah hati menderma barangan sukan buat anak orang asli yang kurang bernasib baik ini.

Sumber: Dr MAZATwitter

Baca Selanjutnya

Kumpulan Anak Orang Asli Kena Sakat Abang Polis Dapat Perhatian Mufti Perlis 1

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here