Home All Isu Semasa Selepas 271 Hari Anak Hilang, Luahan Rindu Bapa Kepada Zahir Ini Undang...

Selepas 271 Hari Anak Hilang, Luahan Rindu Bapa Kepada Zahir Ini Undang Rasa Sayu.

4305
0
anak hilang

Tidak ada mana-mana ibu bapa di atas muka bumi ini yang mampu hidup segembira dahulu selepas anak yang dijaga sejak kecil hilang dalam sekelip mata.

Selepas melakukan pelbagai usaha pencarian termasuklah memakai baju yang dicetak gambar anaknya, seorang bapa ini masih menantikan kepulangan insan kesayangannya itu yang telah hilang selama 9 bulan tanpa sebarang khabar berita.

Menerusi satu luahan di laman Facebooknya, bapa kepada kanak-kanak hilang bernama Zahir ini tetap cekal berusaha untuk mencari semula anaknya dan berharap agar mereka dapat disatukan kembali suatu hari nanti.

Masih tiada berita Anak Hilang

anak hilang

9 Bulan. 271 hari. Masih lagi tiada perkhabaran berita tentang anakku, Zahir. Zahir abah tetap mencari Zahir. Abah berharap Zahir sihat. Tidak kira bagaimanapun cara abah tetap cari Zahir.

Mama Zahir pun tidak pernah putus asa mencari Zahir. Zahir, kakak selalu mimpi Zahir datang balik. Dayang juga mimpi Zahir balik. Kadang-kadang Dayang sampai menangis ingatkan Zahir. Tomey pun kadang-kadang kerap panggil nama Zahir (Ahir).

Fadzil dan Fazly juga kalau jumpa abah tanya Zahir. Zahir, kami semua rindukan Zahir. Ya Allah, satukanlah kembali anakku Zahir. Ya Allah, di waktu ini, hanya Kau tempat aku memohon dari segalanya.

Netizen sebak

Selepas 271 Hari Anak Hilang, Luahan Rindu Bapa Kepada Zahir Ini Undang Rasa Sayu. 1Selepas 271 Hari Anak Hilang, Luahan Rindu Bapa Kepada Zahir Ini Undang Rasa Sayu. 2

Luahan rindu dan sayu yang dibuat bapa bernama Fauzi ini mengundang rasa sebak dalam kalangan netizen di laman Facebooknya. Sama seperti lelaki ini, rata-rata dalam kalangan netizen juga tertanya-tanya keberadaan kanak-kanak itu yang masih gagal dijumpai hingga ke hari ini.

Bersimpati dengan nasib yang menimpa individu itu, netizen juga turut mengirimkan doa dan berharap agar kanak-kanak itu pulang dengan selamat dan disatukan semula bersama keluarganya suatu hari nanti.

Sumber: Facebook Mohd Fauzi

Selepas 271 Hari Anak Hilang, Luahan Rindu Bapa Kepada Zahir Ini Undang Rasa Sayu. 3

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here