Anak Bermasalah Hantar Sekolah Tahfiz. Ingat Tahfiz Tu Tempat Longgokan Budak Bermasalah Ke?

0
431
sekolah tahfiz

Sejak kebelakangan ini, kes-kes buli semakin menjadi-jadi dalam kalangan pelajar sekolah tahfiz. Ada pelajar yang meninggal dunia dibelasah rakannya. Tambah mengejutkan lagi, kejadian berlaku di sekolah tahfiz yang sinonim dengan institusi agama dan serta merta mencemar imej tahfiz.

Menerusi Twitter, seorang penceramah bebas Akhi Fairuz Al-Jengkawi menegaskan bahawa tahfiz bukannya pusat pemulihan anak-anak. Sekolah Tahfiz merupakan istitusi keagamaan dan bukannya sebuah institusi longgokan budak-budak bermasalah.

Sekolah Tahfiz tempat longgokan budak bermasalah?

Tragedi demi tragedi. Sampai bila masyarakat kat Malaysia ni nak faham tolong jgn hantar anak ke tahfiz kalau perangainya macam haram. Ingat tahfiz tu tempat longgokan budak2 bermasalah ke? Bersimpati dgn adik ni. 7 tahun, anak yatim, dibelasah hingga meninggal dunia.

Tragedi yang berlaku di dalam tahfiz menarik perhatiannya untuk berkongsi pendapat berkenaan institusi tersebut. Dia menegaskan kepada ibu bapa agar tidak sewenang-wenangnya menghantar anak-anak ke tahfiz sekiranya mempunyai masalah sikap.sekolah tahfiz

Anak hisap dadah, hantar tahfiz

Anak kena buang sekolah harian, hantar tahfiz. Anak hisap dadah, hantar tahfiz. Anak kantoi tgok porn, hantar tahfiz. Anak baru 7 tahun, ada mak bapak lagi, hantar tahfiz. Anak ketagih gajet, hantar tahfiz. Anak sibuk dgn basikal lajak, hantar tahfiz.

Ingat sekolah tahfiz ni tempat pemulihan akhlak ke? Ingat nak ubah dan didik budak hanya serahkan tanggungjawab itu kepada tahfiz? Mana peranan mak bapak? Hantar sebab nak syafaat anak utk masukkan kau ke syurga ke? Kalau kau sendiri mcm haram, tak ada maknanya ke syurga.

Hantar ke Sekolah tahfiz tidak berdaftar pulak tu

Pulak tu hantar ke sekolah tahfiz yang tak berdaftar, tak ada spesifikasi keselamatan, yang main ambil je tenaga pengajar yang tah apa-apa. Asal tahfiz, semua sakral dan kultuskan. Walhal kita tak mahu tahfiz dicemari benda2 macam ni.

Macam tahfiz ittifaqiah. 2017 tahfiz kena bakar. Berpuluh orang meninggal. 2018 parents mengadu sesen pun tak dapat dari derma orang awam. 2019 berlaku lagi kes pelajar tahfiz berkenaan simbah air panas pada kawan sampai masuk hospital. Jenis tak belajar dr kesilapan ke?

Kita sayang Sekolah tahfiz

Kita sayang tahfiz. Kita sayang para huffaz. Kita sayang individu yg sungguh2 beri alternatif kpd pelajar yang minat dlm bidang ini. TAPI..

Jangan pecah amanah curi duit sumbangan org dgn beli kereta besar. Jgn gunakan budak utk kutip derma. Jangan hanya hasilkan budak pandai baca quran tapi akhlak ke laut. Jangan pung pang pung pang promote tahfiz, tp tak ada effort nak register dgn jabatan agama

Tindakan tegas kepada pengusaha Sekolah tahfiz

Untuk kes di Lanchang Pahang ini, saya ucapkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa. Juga takziah kpd keluarga yang anaknya terlibat membelasah mangsa hingga meninggal dunia. Sadis. Ini betul-betul tragedi. Ia akan berulang lagi. Boleh jadi akan datang lebih dahsyat.

Nasib mangsa kita dah tahu. Nasib pelaku? Masa depan mereka? Kita sedang membicarakan tentang kanak-kanak. Mereka generasi masa depan. Sekolah atau tahfiz wajib jadi tempat selamat. Sudah sampai masa kenakan tindakan tegas kepada pengusaha tahfiz bila kes spt ini berlaku!

Sumber: Akhi Fairuz Al-Jengkawi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here