Home All Isu Semasa Ikuti Luahan Hati Amerul Affendi, Bakat Mula Dilupakan, Dipinggirkan Stesen TV Hanya...

Ikuti Luahan Hati Amerul Affendi, Bakat Mula Dilupakan, Dipinggirkan Stesen TV Hanya Kerana Pengikut IG!

1600
1
Ikuti Luahan Hati Amerul Affendi, Bakat Mula Dilupakan, Dipinggirkan Stesen TV Hanya Kerana Pengikut IG!

Penulis sangat mengemari lakonan Amerul Affendi. Beri apa sahaja watak sudah pasti ianya berjaya dimainkan dengan baik sekali. Paling diingati adalah wataknya sebagai Mat Yam menerusi filem Polis EVO yang berjaya memikat hati ramai penonton.

Pujian kepada pelakon kelahiran Temerloh ini bukan sekadar omong kosong apabila ianya dibuktikan dengan memenangi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-27 pada 5 tahun lalu.

AMERUL AFFENDI DIPINGGIR STESEN TV GARA-GARA PENGIKUT INSTAGRAM

Biar pun berbakat dalam dunia lakonan, itu bukan lah bonus untuk Amerul terus melangkah jauh dalam dunia seni. Menurut Amerul sendiri, dia menyedari bahawa banyak stesen televisyen mula meminggirkannya.

Hal tersebut diluahkan menerusi laman Twitter pada beberapa hari lalu di mana dia memberitahu punca kelibatnya jarang dilihat dalam mana-mana drama disebabkan pengikut di Instagram belum mencecah 500,000.

Menyedari bahawa pengikutnya di Instagram masih lagi suam-suam kuku, Amerul turut meminta pendapat para netizen tentang apa yang perlu dia lakukan dalam memperoleh pengikut dengan cara baik.

TAKKAN NAK KENA BELI FOLLOWER

Hal ini berikutan dia enggan menggunakan jalan pintas yakni membeli pengikut kerana berpendapat ianya adalah perbuatan yang salah.

“IG baru ada 100k followers. Maknanya lambat lagi lah station tv nak ambik berlakon dalam produksi mereka. Sebab depa kata 500k baru dipertimbangkan.”

“Nak beli follower kang saya rasa menipu pihak station tv pulak. Bukan ke tu bedosa? Jadi apa yang patut saya buat?” Luah Amerul.

Amerul Affendi

GIAT USAHAKAN TANAMAN DAN TERNAKAN KERBAU

Sudah pasti perkongsian pelakon Amerul Affendi berkenaan menarik mata ramai warganet yang tidak menyangka sama sekali kedudukan seorang artis hanya lah berdasarkan jumlah pengikut di IG dan bukannya berlandaskan pada bakat.

Amerul Affendi

Bagi yang tidak tahu, untuk menampung keperluan diri, Amerul Affendi giat mengusahakan pertanian seperti penanaman kelapa sawit dan juga projek penternakan kerbau dan patin. Mungkin dahulu dunia lakonan boleh dikatakan mata pencarian utamanya namun kini tidak lagi.

Secara keseluruhan, artis juga sama seperti manusia biasa yang tidak dapat lari daripada diuji. Apa pun semoga bakat yang dimiliki Amerul Affendi lebih dihargai oleh ramai produksi bagi menjamin mutu dunia hiburan tanah air kelak.

BACA JUGA: Hidup Sederhana Berniaga kecil2, Pelakon Veteran Roslan Salleh Nasihat Artis Jangan Terlalu Meminta2

Ikuti Luahan Hati Amerul Affendi, Bakat Mula Dilupakan, Dipinggirkan Stesen TV Hanya Kerana Pengikut IG! 1

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here