Home All Tazkirah 5 Jenis Amalan yang Ringan untuk Membuka Pintu Syurga. Rugi Tak Ambil...

5 Jenis Amalan yang Ringan untuk Membuka Pintu Syurga. Rugi Tak Ambil Tahu

2810
2
5 Jenis Amalan yang Ringan untuk Membuka Pintu Syurga. Rugi Tak Ambil Tahu

5 Jenis Amalan yang Ringan untuk Membuka Pintu Syurga. Rugi Tak Ambil Tahu | Setiap hamba Allah pasti mendambakan untuk masuk syurga ketika menjalani kehidupan keduanya. Namun tidak lah mudah untuk kita memasuki syurga yang banyak dirindukan itu.

Orang yang boleh masuk syurga sudah pasti orang yang selama hidupnya di dunia, selalu menjalankan perintah Allah dan juga Menjauhi larangan Allah dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh.

Banyak sekali jenis-jenis amalan yang boleh kita lakukan untuk membuka pintu syurga. Baik amalan yang “besar” ataupun yang “ringan”. Namun belum tentu apabila amalan yang kita lakukan itu besar bererti kita akan mendapatkan pahala yang besar pula.

Justeru terkadang amalan yang ringan akan memberikan pahala yang besar untuk kita dan boleh membuka pintu syurga yang kita idam-idamkan itu.

Pahala yang kita dapat sejatinya bukan dilihat dari seberapa besar amalan yang kita lakukan, namun dari niat yang tulus, ikhlas dan hanya mengharapkan redha Allah lah yang menentukan pahala yang kita dapat. Misalnya saja apabila kita melakukan amalan yang tergolong besar, namun kita berharap bahawa dengan melakukan amalan tersebut kita akan disanjung atau dihormati seseorang, atau bahkan kita hanya ingin mempamerkan kekayaan yang kita miliki. Nah amalan yang besar ini sangatlah tidak akan memberikan pahala untuk kita.

Dan malah sebaliknya amalan yang ternyata ringan, dan boleh jadi kita hanya mengeluarkan tenaga kita saja untuk melakukannya justeru akan mendatangkan pahala yang berlimpah untuk kita, sebab terkadang amalan-amalan yang ringan tersebut bersifat tidak sengaja, kita iklas dalam melakukannya dan hanya berniat untuk membantu sesama umat Allah. Tanpa mengharapkan timbalan yang lainnya. Justeru akan menjadi sangat mulia dan bernilai di sisi Allah dan dapat membuka pintu surga-Nya. Nah, apa saja yang termasuk amalan ringan tersebut ?

1. Memberi minuman binatang

Ya, memang secara sekilas tidak ada kaitannya antara memberi minuman binatang dengan membuka pintu syurga. Namun masih ingatkah anda dengan cerita Rasulullah saat menceritakan bahwa ada seorang lelaki yang memberi minuman pada seekor anjing hingga kemudian Allah mengampuni semua dosa-dosa lelaki itu dan memasukannya ke dalam syurga ? Berikut ini adalah sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Bukhori dan Muslim, diceritakan dari Abu Hurairah

amalan

Rasullullah SAW bersabda “Ketika sedang melakukan perjalanan, seorang lelaki merasa haus, lalu dia menuju ke sebuah telaga dan minum air. Setelah dia keluar, ternyata ada seekor anjing yang menjulurkan lidahnya dan memakan pasir kerana kehausan. Lelaki itu bergumam ‘Anjing ini telah merasa kehausan seperti yang telah aku rasakan’. Dia pun kembali menuju tenaga dan memenuhi sepatunya dengan air, lalu memberikan minum anjing tersebut. Maka Allah berterima kasih kepadanya dan mengampuni segala dosanya. Mereka (para sahabat) bertanya: Wahai Rasullullah, apakah kita akan mendapatkan pahala dengan memberi minum binatang? Beliau menjawab: ‘Pada setiap limpa yang basah, terdapat pahala’”.

2. Menyingkirkan gangguan dari jalan

Saat kita melakukan perjalanan, atau bahkan hanya saat berjalan-jalan santai kita sering menemukan rintangan di jalan, yang boleh membahayakan pengguna jalan. Misalnya saja, ada batu ditengah jalan, ranting pohon yang menghalang di jalan, dan bahkan kulit pisang yang dibuang sembarangan yang pastinya juga boleh membahayakan seseorang yang mmijaknya. Biasa dengan spontan dan tanpa berfikir pajang kita akan langsung menyingkirkan rintangan tersebut. Maka amalan itu akan di catat sebagai amalan kebaikan di sisi Allah. Dan hal ini boleh membantu kita untuk membuka pintu syurga-Nya, dan telah ada sabda Rasulullah yang menjelaskan hal ini yang diriwayatkan oleh Bukhari, seperti berikut ini:

Rasulullah bersabda: “Barangsiapa menyingkirkan gangguan dari jalan kaum muslimin, maka akan dicatat untuknya satu kebaikan, maka ia akan masuk syurga”.

3. Menjenguk orang sakit

Rasulullah bersabda: “Barang siapa menjenguk orang sakit atau mengunjungi saudaranya kerana Allah, maka malaikat berseru: ‘Engkau adalah orang yang baik, langkahmu adalah langkah yang baik, dan engkau telah mendapatkan suatu posisi di syurga’”(HR Tirmidzi dari Abu Hurairah, r.a.)

Sudah jelaskan maksud dari sabda Rasulullah di atas ? Jadi ada baiknya kita menyempatkan waktu untuk menjenguk saudara, keluarga, dan teman yang sedang sakit. Dan tentunya dengan ikhlas dan tanpa niat yang sebaliknya.

BACA: Inilah 7 Amalan Mudah Yang Dapat Panjangkan Hayat Anda, Insya Allah!

4. Senyum dan ceria

Sudah tidak asing lagi di telinga kita, bahwa senyum sebahagian dari ibadah. Dan tentunya dengan menebar senyuman dan salam kepada semua orang yang merupakan sebuah kebaikan itu telah dijanjikan ganjaran pahala dan syurga oleh Allah. Jadi, sebagai umat muslim sebaiknya harus mengembangkan sikap yang ramah, penuh senyuman dan keceriaan terhadap orang lain. “Kebaikan akhlak adalah keceriaan wajah dan menjauhi amarah,” kata Rasulullah.

5. Menutup aib orang lain

Allah sangat membenci ghibah. Orang yang bercerita tentang keburukan saudaranya sendiri, dianggap sama dengan memakan bangkai saudaranya sendiri. Saat ini memang banyak sekali orang yang melakukan ghibah. Padahal Allah telah menjanjikan ganjaran berupa syurga bagi seseorang yang tidak melakukan ghibah tersebut. Rasulullah bersabda: “Tidaklah seorang hamba menutup aib seorang hamba di dunia, melainkan Allah akan menutup aibnya pada hari kiamat” (H.R. Muslim).

Nah itulah 5 amalan yang ringan untuk membuka pintu ysurga, meskipun terlihat ringan namun kita tetaplah harus memiliki niat yang benar untuk melakukannya. Dan tentunya masih banyak lagi amalan-amalan ringan yang boleh kita lakukan untuk membuka pintu syurga. Semoga dapat memberikan manfaat ya.

5 Jenis Amalan yang Ringan untuk Membuka Pintu Syurga. Rugi Tak Ambil Tahu 1

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here