Home All Isu Semasa Allah Muliakan Kematian “Doktor Fakir Miskin” Ini, 50 Tahun Berbakti Rawat Pesakit...

Allah Muliakan Kematian “Doktor Fakir Miskin” Ini, 50 Tahun Berbakti Rawat Pesakit Secara Percuma

4710
0
Allah Muliakan Kematian “Doktor Fakir Miskin” Ini, 50 Tahun Berbakti Rawat Pesakit Secara Percuma

Allah Muliakan Kematian “Doktor Fakir Miskin” Ini, 50 Tahun Berbakti Rawat Pesakit Secara Percuma  | Hari ini bumi Mesir basah dengan air mata terutama dari golongan fakir miskin yang menangisi pemergian doktor yang banyak memberi bakti khidmat secara percuma buat golongan ini.

Doktor yang cukup dikenali sebagai “doktor fakir miskin” di kalangan rakyat Mesir disahkan meninggal dunia hari ini akibat sakit tua.

Sepanjang hayatnya doktor fakir miskin ini lebih 50 tahun bergelumang dalam profesion mulia ini, Dr Muhammad Misyali cukup dikenali ramai.

doktor fakir miskin

Mungkin ramai tidak percaya tetapi dia mencurahkan ilmu dan tenaganya secara percuma untuk membantu golongan susah.

Malah siap memberikan mereka duit lagi bagi mereka yang tidak berkemampuan. Paling tinggi kos rawatannya hanya 10 junaih Mesir bagi pesakit yang berkemampuan.

Dr Muhammad Misyali dari Mesir dikenali sebagai doktor fakir miskin. Beliau ialah lepasan Fakulti Perubatan tahun 1967 yang mendapat pangkat pertama dengan markah 99.3%..

doktor fakir miskin

BACA JUGA: Bersediakah Kita Dengan NEW NORM Selepas PKP Berakhir? Doktor Kongsi Pandangan

Sejak 50 tahun, Dr Muhammad Misyali memberi rawatan percuma kepada pesakit yang fakir miskin di klinik beliau yang terletak di Tanta. Malah, beliau turut memberi wang kepada mereka untuk membeli ubat-ubatan. Bagi pesakit yang berkemampuan, beliau hanya mengambil bayaran sebanyak £10.00 (10 junaih Mesir) daripada mereka..

Setiap hari, kelihatan puluhan pesakit berkumpul di klinik beliau yang agak sederhana. Dr Muhammad bekerja merawat ramai pesakit selama 10 jam sehari bermula dari pukul 9.00 pagi hingga 7.00 petang..

Doktor fakir miskin ini tidak mempunyai kenderaan apatah lagi telefon bimbit. Setiap hari beliau berjalan kaki dari rumah ke klinik walaupun ketika ini usia beliau sudah pun mencecah 80 tahun..

Pernah seorang hartawan dari Negara Teluk menyumbang sebanyak USD20,000.00 kepada Dr Muhammad setelah mendengar kisah beliau. Malah hartawan itu menghadiahkan sebuah kereta dek simpati dengan keadaan beliau.doktor fakir miskin

Namun, setahun kemudian, ketika hartawan itu melawat Mesir, beliau mendapat tahu yang Dr Muhammad menyumbangkan kesemua wang tersebut kepada pesakit-pesakit yang fakir miskin.

Beliau juga menjual kereta yang dihadiahkan itu untuk membeli peralatan perubatan yang digunakan untuk merawat pesakit secara percuma..

Dr Muhammad Misyali berkata, “Selepas saya graduasi, saya mendapat tahu yang ayah saya mengorbankan semua duit kos rawatan beliau supaya saya dapat jadi doktor. Sejak itu, saya berjanji dengan Allah yang saya takkan ambil satu sen pun daripada pesakit yang fakir miskin.”

BACA JUGA: Dr Noor Hisham Tersenarai Tiga Doktor Terbaik & Diyakini Dunia Perangi COVID-19

Allah Muliakan Kematian “Doktor Fakir Miskin” Ini, 50 Tahun Berbakti Rawat Pesakit Secara Percuma 1

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here