Ketika Allah Menguji Dengan Keikhlasan, Amalan Hati Yang Paling Berat

0
147
keikhlasan

Ketika Allah Menguji Diriku Dengan Keikhlasan, Amalan Hati Yang Paling Berat | Sebenarnya tidak selalu kita berpeluang untuk membuat kebaikan cuma sama ada kita sedar atau tidak sahaja. Namun jika diberikan peluang untuk membuat kebaikan adakalanya Allah ingin menguji kita dari satu level lain pula iaitu keikhlasan.

Kami kongsikan pengalaman ini yang dikongsikan oleh pemilik Facebook ini, Catzer Danial mungkin anda juga pernah lalui.

Pagi ni selepas hantar Faris ke sekolah saya mengikut laluan biasa pulang ke rumah melalui seksyen 15.

Dilaluan ini saya kadang kala terserempak dengan seorang makcik yang mengalami masalah penglihatan ( buta ). Pernah beberapa kali saya berniat untuk membantu tetapi tidak berkesempatan.

Tetapi pagi ini Allah mengerakkan hati saya untuk berhenti dan menumpangkan makcik ini ke tempat yang ingin dituju.

Makcik ini agak peramah habis saya disoal selidik, dia minta saya drop dia di perhentian bas berhampiran Petron Batu Tiga.keikhlasan

Tetapi kerana terlalu banyak persoalan dan saya belum tidur lagi sejak semalam kepala agak weng-weng bila dia banyak kali tanya saya tahu ke tak Petron/Shell Batu Tiga. Bayangan lokasi saya sudah tepat tetapi tiba-tiba saya was2. Saya berhentikan kereta dan open Waze…

Saat ini makcik ini mula marah-marah kerana saya boleh menyebabkan dia lambat naik bas ke KL.

“Jika u tak tahu jalan jangan lah tumpangkan i…
u tahu jalan ke tak tahu..
kenapa lama sangat mahu sampai ni..bus stop tu tak jauh macam ni…”

Saya memilih untuk diam, dan perlahan suara saya memujuk dia..

Auntie jangan risau saya dah open waze..

” U kalau tak tahu jalan takpe cakap je saya tak kan marah u…u tak payah tumpangkan saya…”

Sekali lagi saya memilih untuk diam..Waze dah berbunyi menunjukkan arah. Jadi makcik tu sudah tahu saya sedang berusaha…Walhal bukan saya tidak tahu lokasi tapi itulah bahaya was-was apabila ditekan soalan sama berulang kali.

“Aiyo..kalau saya tahu macam ni u tak perlu tumpangkan saya lah…Semua orang pun tahu itu petron batu tiga dekat je…

Ya..Saya tetap memilih untuk diam..

Tiba-tiba makcik ni menukar topik bertanya pasal anak saya, paling kelakar bila saya cakap Faris autistic dia marah pada saya kerana saya mungkin terlalu garang sampai anak saya jadi takut dan tidak mahu bercakap dan mudah tantrum..

Ketika ini saya tidak mahu meleretkan isu yang mungkin makcik ni dah salah faham. Saya menamatkan perbualan pasal anak kerana sudah nampak bus stop yang ingin di tuju.

Dia menanyakan jika saya mahu beli satu produk yang dia jual. Saya menolak dari membeli sebab saya mmg tak bawa duit ketika keluar tadi.

Sekali lagi dia meminta untuk saya bersedekah pada dia sebagai duit untuk ulang alik bas. Sekali lagi saya menolak untuk “bersedekah” sebab saya memang tak bawak duit..

Saya berjaya sampai di station bus petron batu tiga, ada seorang kakak sedang menunggu makcik itu datang dan membantu dia naik bas. Saya mohon maaf pada mereka berdua kerana menjadi punca kelewatan.

Saya masuk ke lorong untuk pulang ke rumah, sebenarnya dari tadi saya perasan kereta saya ada bau tahi kucing. Ya mungkin makcik tersebut ada terpijak semasa dalam perjalanannya. Takperlah saya akan setelkan kemudian..

Jika ada diantara kita yang terserempak dengan makcik yang sama di laluan sek 15, bantulah dia. Bantuan yang saya mampu berikan hanya sekadar menumpangkan dia ke station bus. Esok lusa mungkin saya terserempak lagi dengan dia atau mungkin tidak sehingga Allah izinkan bertemu semula.

Sepanjang perjalanan pulang, saya terfikir betapa Allah kerap menduga saya dengan kesabaran sepanjang menjaga Faris. Tetapi pagi ini masuk level lain di uji dengan keikhlasan.

Bukan niat post ini untuk menunjuk kebaikan saya jauh sekali untuk riak dengan bantuan tak seberapa ni, tetapi percayalah di uji dengan keikhlasan memang tidak mudah. Semoga Allah menerima kebaikan saya selayaknya,betapa saya takut jatuhnya saya ke lembah tidak sepatutnya.

==============

Amalan hati yang paling berat..Keikhlasan

Imam Sahl bin Abdullah at-Tustari berkata:
“Tidak ada sesuatupun yang paling berat bagi nafsu manusia melebihi keikhlasan karena pada keikhlasan tidak ada bagian untuk nafsu.”
(Jaami’ul ‘uluumi wal Hikam, hal. 17)

Imam Sufyan bin Sa’id ats-Tsauri berkata:
“Tidaklah aku berusaha memperbaiki sesuatu (dalam diriku) yang lebih sulit bagiku daripada (memperbaiki) niatku (supaya ikhlas).”
(Hilyatul Thaalibi ‘Ilmi, hal. 11)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here