Home All Isu Semasa Aksi Tangkas Pegawai PBT ‘Flying Kick’ Peragut, Netizen Puji Dan Kagum Tendangan...

Aksi Tangkas Pegawai PBT ‘Flying Kick’ Peragut, Netizen Puji Dan Kagum Tendangan Hebat!

2933
0
Aksi Tangkas Pegawai PBT ‘Flying Kick’ Peragut, Netizen Puji Dan Kagum Tendangan Hebat!

Aksi Tangkas Pegawai PBT ‘Flying Kick’ Peragut, Netizen Puji Dan Kagum Tendangan Hebat! | Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. Mungkin itulah peribahasa yang sesuai diberikan kepada peragut ini yang menerima balasan ‘cash’ selepas melakukan perbuatan terkutuk itu dalam satu rakaman CCTV yang dipercayai berlaku di Johor.

Dalam satu perkongsian CCTV yang tular di Facebook sejak pagi tadi, lelaki tersebut dirakam dengan jelas diterajang oleh salah seorang pegawai pihak berkuasa tempatan (PBT) selepas meragut seorang wanita di tepi jalan.

Walaupun berjaya meloloskan diri dan meragut dengan berjaya namun beliau selepas itu bergelut dan terjatuh sebelum ditendang sehingga terpelanting oleh pegawai PBT yang berada di kawasan tersebut.

BACA JUGA : Ramai Netizen Sokong Tindakan Polis Tendang Motorsikal Lari Roadblock

Aksi ragut dan tendangan padu pegawai PBT yang dirakam itu boleh dilihat bermula di saat ke 15 di perkongsian video di bawah.

Berdasarkan video yang dimuat naik asal oleh seorang pengguna FB Wise Lee, sejurus setelah mangsa diragut, datang seorang individu memberi “flying kick” dari sebelah kiri video tersebut.

Pergh, memang padu penendang yang diberi oleh pegawai PBT tu, terus tumbang si peragut tu. Pada awalnya, peragut itu pastinya ingat beliau dapat memboloskan diri walaupun hilang kawalan setelah merampas beg tangan wanita tersebut.

Tindakan spontan dan pantas lelaki yang dipercayai pegawai penguatkuasa itu kemudiannya menerima pujian daripada netizen dengan perkongsian video tersebut sehingga kini sudah pun dikongsikan kembali sehingga 11,000 kali di Facebook.

Bukan sahaja berpuas hati melihat tendangan padu daripada pegawai tersebut malah mereka juga rata-rata yang meninggalkan komen bersetuju dengan tindakan pantas yang berjaya menghalang lelaki itu untuk melarikan diri.

Pegawai PBT Pegawai PBT

Ternyata, tendangan padu pegawai PBT dari MBJB itu terlalu padu. Ini baru TKO. Tindakan pegawai MBJB tersebut mendapat pujian netizen dan rata-rata dari mereka menyokong tindakan tersebut.

Sumber : Facebook 

Aksi Tangkas Pegawai PBT ‘Flying Kick’ Peragut, Netizen Puji Dan Kagum Tendangan Hebat! 1

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here