Home All Isu Semasa Akaun Instagram KKM Diserang Netizen Indonesia Kerana Salah Faham Mengenai Kes Import...

Akaun Instagram KKM Diserang Netizen Indonesia Kerana Salah Faham Mengenai Kes Import COVID-19

5753
0
Akaun Instagram KKM Diserang Netizen Indonesia Kerana Salah Faham Mengenai Kes Import COVID-19

Jika anda mengikuti akaun media sosial Instagram Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pastinya anda sedar sesuatu yang pelik hari ini. Ruangan komen di akaun Instagram kini dibanjiri dengan komen-komen negatif daripada rakyat Indonesia.

Ini semua gara-gara salah faham mengenai kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia sebelum ini.

Menerusi data dikongsikan oleh KKM, sebanyak 70 peratus kes COVID-19 yang diimport berasal dari Indonesia.

Seramai 139 rakyat Malaysia yang baru pulang dari luar negara disahkan positif COVID-19 di mana 99 rakyat Malaysia pulang dari Indonesia atau bersamaan 71,22 peratus daripada kes import.

Kenyataan tersebut kemudian mendapat salah faham dari rakyat Indonesia yang mendakwa Dr Noor Hisham Abdullah memberitahu 70 peratus kes keseluruhan COVID-19 berasal daripada negara mereka.

BACA: COVID-19 Di Malaysia Dijangka Berakhir Awal Mei Menurut Kajian Universiti Dari Singapura

Ianya sudah jelas bertentangan dengan kenyataan asal yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia sebelum ini yang merujuk kepada kes import.

Akaun Instagram KKM Diserang Netizen Indonesia Kerana Salah Faham Mengenai Kes Import COVID-19 1

Menerusi tinjauan kami di akaun Instagram KKM hari ini, ruangan komen masih lagi dibanjiri dengan komen-komen negatif daripada rakyat Indonesia.

Sehinggakan orang ramai meminta admin yang menjaga akaun Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menutup ruangan komen buat sementara waktu.

Netizen turut membantu menjelaskan perkara yang sebenar menerusi ruangan komen bagi menjernihkan keadaan.

KKM

KKMDiharapkan rakyat Indonesia dapat memahami kenyataan asal yang dikeluarkan oleh KKM bukanlah seperti yang mereka sangkakan. Kenyataan ini hanya lah merujuk kepada kes import dan bukannya kes keseluruhan di Malaysia.

Baca Selanjutnya
Akaun Instagram KKM Diserang Netizen Indonesia Kerana Salah Faham Mengenai Kes Import COVID-19 2

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here