Home All Isu Semasa Hazeman Huzir Tidak Lagi Bersama Motif Viral, “Aku Tinggalkan Kerana Allah…”

Hazeman Huzir Tidak Lagi Bersama Motif Viral, “Aku Tinggalkan Kerana Allah…”

2485
0
Motif Viral

Pengacara Hazeman Huzir atau dikenali sebagai Haze mengesahkan dia tidak lagi bersama program Motif Viral.

Perkara itu disahkan sendiri oleh Haze menerusi akaun Instagram miliknya. Menurut Haze, program itu banyak mengajarnya dari hal dunia hingga ke akhirat.

“Selamat Tinggal Motif Viral.

motif viral

“Banyak yang rancangan ni ajar aku. Dari walhal dunia. Ke walhal akhirat. “Di sini aku alpa dalam kemahsyuran. Di sini aku kejarkan pengiktirafan manusia. Di sini lah aku berambut putih.

“Aku, naik aku sebagai manusia. Punca stres aku yang merehatkan aku. Rehat yang berhikmah untuk kembali belajar bertuhan,” tulisnya.

Haze memuat naik foto bersama tiga lagi pengacara lain iaitu Shalma Aina, Syafa Nisa dan Pink Azwan.

Tidak menjelaskan sebab mengapa dia men1ngg4lkan program tersebut, namun Haze memberitahu semua perkara dilakukan olehnya hanya kerana Allah.

“Buat yang tertanya akan punca dan musabab. Kisahnya panjang berjela. Namun agar ada penutup sebagai pemuas hati:

“Niat asal aku kerjakan MV, kerana dunia. Kerana aku mahu dikenali. Kerana aku nak popular. Kerana aku nak dijulang manusia.

“Niat asal aku itu sudah salah. Makanya, aku kerjakan Motif Viral untuk dunia, aku tinggalkan kerana Allah.

“Kita jumpa di YouTube Channel Hazeman Huzir. It’s time that I do me. Assalamualaikum,” katanya lagi.

Motif Viral merupakan sebuah program yang merungkai perkara pelik dan viral yang terjadi di Malaysia.

Sumber : Gempak

Hazeman Huzir Tidak Lagi Bersama Motif Viral, “Aku Tinggalkan Kerana Allah…” 1

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here