Home All Isu Semasa Agong Dan Permaisuri Tolak Emolumen Diraja Selama 6 Bulan Untuk Bantu Rakyat

Agong Dan Permaisuri Tolak Emolumen Diraja Selama 6 Bulan Untuk Bantu Rakyat

7690
2
Agong Dan Permaisuri Tolak Emolumen Diraja Selama 6 Bulan Untuk Bantu Rakyat

Agong Dan Permaisuri Tolak Emolumen Diraja Selama 6 Bulan Untuk Bantu Rakyat | Disebabkan oleh jumlah kes positif COVID-19 yang kian meningkat di Malaysia, pelbagai usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan bagi memastikan wabak ini tidak akan ‘memakan’ rakyat dan menjejaskan kehidupan mereka.

Oleh kerana langkah pembendungan mungkin memakan masa berbulan, jemaah menteri telah memotong gaji mereka selama dua bulan dan menyumbangkannya kepada golongan yang memerlukan.

Terbaru, Agong dan Permaisuri juga meluahkan rasa kebimbangan akan pandemik ini yang kian menular di Malaysia. Lantas, kedua-dua Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri`Ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah telah memperkenankan kerajaan supaya tidak membayar Emolumen Diraja selama enam bulan.

Emolumen Diraja

Menolak Emolumen Diraja Selama 6 Bulan Untuk Bantu Rakyat

Keputusan ini dibuat selepas Seri Paduka Baginda berdua berasa prihatin melihat keadaan kewangan negara yang paling terkesan dek kerana penularan wabak ini yang semakin berleluasa.

Seri Paduka Baginda turut tidak lupa untuk meluahkan ucapan penghargaan kepada para kakitangan kesihatan terutamanya yang bertugas di barisan hadapan kerana sanggup menabur bakti dan memikul tanggungjawab meskipun penat. Tambahan pula, 30 Mac lepas merangkap Hari Doktor Sedunia.

Tak dilupa kepada tonggak negara iaitu rakyat di mana kedua-dua Agong dan Tunku Azizah berdoa dan berharap agar Malaysia terus berada di bawah lindungan dan rahmat Tuhan. Selain, berharap supaya wabak COVID-19 ini berakhir secepat mungkin.

Diharap usaha ikhlas daripada Baginda berdua dapat meringankan beban rakyat dalam menghadapi pandemik ini.

Sumber

Baca Selanjutnya

Agong Dan Permaisuri Tolak Emolumen Diraja Selama 6 Bulan Untuk Bantu Rakyat 1

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here