Home All Isu Semasa Adakah Malaysia Akan Hantar Jemaah Tunai Haji? Keputusan Diputuskan Khamis Ini

Adakah Malaysia Akan Hantar Jemaah Tunai Haji? Keputusan Diputuskan Khamis Ini

1462
0
Adakah Malaysia Akan Hantar Jemaah Tunai Haji? Keputusan Diputuskan Khamis Ini

Adakah Malaysia Akan Hantar Jemaah Tunai Haji? Keputusan Diputuskan Khamis Ini | Jumlah kes COVID-19 di Arab Saudi yang melepasi angka 100,000 antara perkara yang menjadi pertimbangan bagi memutuskan sama ada Malaysia akan menghantar jemaah bagi menunaikan haji tahun ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, berkata perkara itu menjadi sebahagian daripada perbincangan pelbagai pihak dan badan berautoriti negara.

“Kita tetap ikut tertib perbincangan demi perbincangan daripada pelbagai pihak untuk memutuskan yang terbaik bagi maslahah kepada rakyat.

haji

BACA: 5 Tip Membantu Anda Menunaikan Haji Pada Usia Muda

“Ia termasuk melihat berkenaan ibadat ini yang terkait dengan istito’ah (kemampuan mengerjakan haji) daripada keamanan, selamat dari wabak dan memastikan kesihatan berada pada prestasi terbaik,” katanya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, berkata selain isu haji, beliau juga akan mengumumkan mengenai prosedur operasi standard (SOP) solat jemaah dan solat Jumaat ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Difahamkan, pengumuman mengenai penghantaran jemaah itu akan dibuat dalam satu sidang khas selepas sidang media harian oleh Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Pada 21 Mei lalu, Dr Dzulkifli dilaporkan berkata kerajaan Arab Saudi belum membuat sebarang pengumuman sama ada umat Islam dibenarkan untuk menunaikan haji pada musim ini atau sebaliknya.

Menurut beliau, sekiranya mendapat kebenaran daripada kerajaan Arab Saudi, perkara itu akan dibincangkan dengan semua pihak bagi mencari pendekatan terbaik berhubung perkara itu.

Terdahulu, media melaporkan beberapa negara seperti Indonesia dan Singapura memutuskan untuk tidak menghantar jemaahnya pada tahun ini.

Keputusan itu dibuat atas alasan kesihatan dan keselamatan jemaahnya ketika pandemik COVID-19 sedang mengancam penduduk di seluruh dunia.

Sumber : Berita Harian 

Adakah Malaysia Akan Hantar Jemaah Tunai Haji? Keputusan Diputuskan Khamis Ini 1

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here