Home All Isu Semasa Wanita Ini Kongsi Pentingnya Adab & Disiplin Dalam Menuntut Ilmu, Jangan Ganggu...

Wanita Ini Kongsi Pentingnya Adab & Disiplin Dalam Menuntut Ilmu, Jangan Ganggu Waktu Rehat Guru!

1216
2
menuntut ilmu

Wanita Ini Kongsi Pentingnya Adab & Disiplin Dalam Menuntut Ilmu, Jangan Ganggu Waktu Rehat Guru! | Pernah bukan kita baca dua tiga artikel kebelakangan ini berkenaan ibu bapa yang mengangu waktu privasi seorang guru. Seolah-olah kebanyakkan pelajar sudah tiada adab dan disiplin dalam menuntut ilmu.

Malah ada baru baru ini tular satu kisah bagaimana seorang guru telah dicaci kerana tidak membersihkan bekas makanan yang dibawa seorang anak murid ke sekolah. Macam tidak sangka, sebab sampai begitu sekali ekspektasi tugas seorang guru.

menuntut ilmu

Namun, apa yang dikongsikan oleh seorang wanita yang juga seorang guru dan anak ini sangat bermanfaat untuk semua.

Segalanya bermula apabila adiknya tidak mengingati tugasan yang mana yang diamanahkan cikgu harus diselesaikan. Tatkala itu, ayah mereka ada bersama mereka.

Dalam hati wanita ini, ayahnya akan keluarkan dua solusi, samada mungkin perlu tanya cikgu balik esok tanpa siapkan dulu kerja. Atau mungkin mesej cikgu tanya yang mana nak kena buat.

Tapi apa yang ayah mereka sampaikan buat dia ter sentak. Ternyata cara didikan ayahnya masih tidak berubah.

Ikuti perkongsian penuh dari Nadhirah ini di bawah.

Hormati Waktu Rehat Guru

Satu malam, adik aku tengah peening waktu buat homework. Nak kena salin kertas yang mana satu. Bila ditanya, adik aku kata tak ingat yang mana nak kena salin.

Kebetulan ayah ada dekat situ. Dalam kepala aku, tindakannya hanya dua, mungkin perlu tanya cikgu balik esok tanpa siapkan dulu kerja. Atau mungkin mesej cikgu tanya yang mana nak kena buat.

Ternyata tekaan aku salah. Ayah bagitahu pada adik, “Salin dua dua muka surat. Itu salah kita yang tidak cakna apa guru cakap dalam kelas.”

Aku agak terkejut. Ya, didikan ayah masih sama dari zaman aku hinggalah adik yang paling bongsu.

Ayah aku paling pantang nak tanya guru semata-mata sebab anak dia. Apatah lagi ganggu waktu rehat guru. Kerana bagi ayah aku, bukan anknya sahaja yang guru kena jaga. Masih ramai pelajar yang memerlukan perhatian guru.

Tahap ayah aku jaga adab ni, dia marah kalau ada stokin diletak dekat dengan rak buku. Kata dia, yang berada pada kaki seharusnya diletak jauh dari sumber ilmu. Nanti hilang berkat. Bayangkan masa arwah atuk aku hidup, ayah aku tak pernah duduk atas tilam atuk. Aku yang dengar cerita tu pun tiba-tiba rasa bersalah bila mengenangkan adab aku yang entah apa apa.

Siapa pun ayah aku dari dulu sampai sekarang, ayatnya tetap sama pada guru-guru.

“Cikgu rotanlah anak saya kalau perlu.”

Aku buat benda yang sama pada adik aku bila dia minta aku mesej guru pada waktu malam. Dia nak tanya perlu bawa apa untuk hari pertandingan bola jaring keesokan harinya.

Aku bagitau adik aku tak perlu mesej cikgu, tengok jadual kelas, kalau pertandingan petang, jadi bawa buku waktu pagi. Kalau tak belajar tak apa, pahala tetap dapat sebab kesungguhan kita dengan ilmu.

Akhlak ayah aku dengan guru-guru inilah aku tengok aku dan adik-adik aku ramai yang berjaya. Kami tidak banyak masa nak menelaah buku dengan ibubapa, tetapi Allah bagi kejayaan dan keberkatan.

Alhamdulillah, aku di peringkat Masters, yang nombor dua dah habis diploma di IPTS, yang ketiga degree di IPTA, yang keempat Matrik (result hari tu first class) dan yang terakhir kelima keenam sekolah menengah dan perform dalam akademik dan ada yang sampai berdebat ke peringkat kebangsaan. Yang bongsu hari tu straight A UPKK. Dan aku target 2 orang adik aku akan ke overseas jika Allah izinkan. Kalau ada rezeki PhD aku pun plan ke overseas juga. InsyaAllah jika Allah izinkan.

Riaknya. Bukan nak bagitahu bab kejayaan, tetapi nak tekankan akhlak dan adab ibubapa sangat menjamin kejayaan anak-anaknya. Aku sudah lihat buktinya daripada akhlak ibubapa aku sendiri.

Ibubapa jika mahu marahkan guru, aku rasa guru yang layak dimarahi ialah guru yang tidak beradab kerana ianya adalah hak mutlak ibubapa untuk memilih siapa guru kepada anak-anak mereka.

Tetapi jika tidak bersetuju dengan guru yang mahu ajarkan akhlak pada anak-anak, aku nasihatkan kalianlah yang menjadi guru untuk anak-anak kalian. Itu lebih baik. Lebih selamat. Lebih terjaga. Kerana itulah yang setiap ibubapa mahukan.

Aku bukan nak marah. Tetapi aku sangat kcewa zaman teknologi yang sepatutnya memudahkan tapi sebenarnya semakin membebankan guru. Baik hidup di zaman nenek moyang kita dulu. Adab dijaga. Menjadikan guru semakin ikhlas untuk mendidik.

Sembanglah nak cakap bab hormat waktu guru. Ibubapa pun kerja. Penat juga. Kerana itulah fungsi anak-anak dihantar ke sekolah. Supaya bila dia balik, dia tahu kerja apa untuk dibuat. Itulah namanya disiplin. Tiada disiplin yang senang. Kalau ingin mudah, gunalah cara home schooling. Bagi aku itu lebih baik.

Biarlah anak kita susah sikit. Itulah proses tarbiyah. Kalau proses tarbiyah itu mudah, aku yakin pasti tidak ada yang menentang dakwah Nabi Muhammad kerana mudah untuk menerima tarbiyah. Tetapi Allah menjadikan tarbiyah itu proses yang panjang dan perlukan kesabaran.

Maaf, post kali ini antara yang terpanjang pernah aku tulis. Aku tulis catatan ini bukan kerana aku seorang guru, tetapi aku ingin katakan bahawa guru juga manusia. Manusia yang bertungkus lumus berjuang untuk anak bangsa tanpa kenal lelah. Kalau tidak masuk kelas, guru akan siapkan rekod-rekod yang lain.

Dari bekerja sebagai private tutor sehinggalah sebagai seorang guru, aku berani katakan menghasilkan pelajar yang pintar lebih mudah daripada pelajar yang berakhlak. Itulah yang aku perjvangkan di sekolah aku. Akhlak. Hasil didikan dari rumah aku sendiri. Air tangan ibubapa aku sendiri. Tarbiyah guru-guru aku sendiri.

Menghormati waktu rehat saudara kita juga adalah sebahagian daripada manifestasi akhlak. Ya, akhlak. Itulah yang kita hilang sekarang. Semoga Allah menemukan kembali akhlak yang hilang ini.

Semoga.

Sumber asal Nadhirah Alias

Respon Netizen Isu Adab Dan Disiplin Dalam Menuntut Ilmu

Saat artikel disiplin dalam menuntut ilmu ini ditulis, perkongsian ini telah mendapat lebih 2ribu tanda suka dan dikongsikan lebih 2ribu pengguna.

Lihat antara komen dari pembaca setelah membaca perkongsian ini. Rata ratanya sangat bersetuju dengan apa yang diutarakan Nadhirah mengenai isu adab dalam menuntut ilmu.

menuntut ilmu

Seorang netizen bernama Azwanie Abdullah berkata “Zaman teknologi sekarang, Hmm asal semua nak message whatsapp, takda adab kalau gini. walaupun tak rasa lagi sebab anak anak kecik lagi, tapi seram bila fikir macamana anak anak akan datang. Terima kasih sebab berkongsi adab menuntut ilmu ni”.

Zauwiah Hassan pula menambah “Anak anak dan ibubapa dulu tak sama yang sekarang. Dulu mereka hormat dengan guru sebab tu ilmu yang diperolehi berkat. Sekarang guru takut dengan murid dan ibubapa pula. Zaman dah berubah”

Menurut Erika Mustafa pula “kita kena cedok sedikit sebanyak cara orang zaman dulu didik anak anak walaupun zaman sekarang dah canggih. Sebab dengan kecanggihan teknologi sekarang lah, membuatkan anak anak jadi malas dan lupa akan tanggungjawap sebagai seorang pelajar”

Menurut seorang lagi netizen, bernama Nur Salehah, dia berkata “Ayah saya pesan, call orang jangan lebih 3 kali melainkan kece masan. Dah call 3 kali dan tak angkat, sila call lain waktu. Ayah saya juga pesan, nak tanya apa-apa pada orang, hanya jam 8 pagi – 5 petang. Hanya Ahad – Khamis (kami duk belah Pantai Timur). Hujung minggu tak boleh kacau melainkan kecemasan sahaja. Alhamdulillah sampai sekarang saya pegang”

Begitulah semua cara mereka orang dahulu bagaimana sangat mementingkan adab dan disiplin dalam menuntut ilmu. Kalau ada sesuatu yang harus ditanya guru, haruslah kena pada masanya bukan main semborono menanya.

Satu perkara penting yang dikupas Nadhirah adalah bagaimana sikap ayahnya bilamana ada antara adik beradiknya itu terlupa sesuatu yang diajar/dipesan sewaktu didalam kelas, yang harus dipersalahkan adalah mereka kerana kurang peka sewaktu di dalam kelas.

Tambahan pula dengan adanya teknologi zaman ini, sedikit sebanyak masa seorang guru untuk berehat pun diganggu dengan pertanyaan yang macam macam.

Moga moga kita semua berjaya dalam menjadikan anak anak kita seorang yang sentiasa menjaga adab dan disiplin ketika menuntut ilmu dan berinteraksi dengan guru guru.

Wanita Ini Kongsi Pentingnya Adab & Disiplin Dalam Menuntut Ilmu, Jangan Ganggu Waktu Rehat Guru! 1

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here