Home All Isu Semasa Ada Yang Sudi Beri Bantuan? Suami Koma, Isteri Tiada Pendapatan & Anak...

Ada Yang Sudi Beri Bantuan? Suami Koma, Isteri Tiada Pendapatan & Anak Masih Kecil

7890
0
Ada Yang Sudi Beri Bantuan? Suami Koma, Isteri Tiada Pendapatan & Anak Masih Kecil

Ada Yang Sudi Beri Bantuan? Suami Koma, Isteri Tiada Pendapatan & Anak Masih Kecil | Kebahagiaan yang diharapkan sehingga ke akhir hayat diuji dengan satu ujian besar oleh Allah di kala anak-anak masih kecil dan belum mengerti apa-apa lagi. Namun sebagai hamba-Nya kita kena percaya Allah uji sebab Dia tahu kita boleh laluinya.

Bagi seorang isteri, Nuraqilah Roslan, 26, bukan mudah sebenarnya untuk dia lalui keadaan sekarang ini setelah suami tercinta koma selepas kemalangan pada bulan Februari lalu.

Suami Nuraqilah, Muhammad Norezwa, 32, yang terlibat dalam kemalangan itu kini hanya mampu terlantar dan semuanya terpaksa diuruskan.

bantuan

BACA: Kerusi Roda Usang Sudah Diganti Baru, Lelaki OKU Tolak Bantuan Berlebihan Terharu

Memandangkan Nuraqilah tidak mempunyai pendapatan kerana selama ini suami yang bekerja, bila berlaku kejadian ini pada suami, Nuraqilah telah hilang punca pendapatan tetap. Malah pasangan ini juga mempunyai dua orang anak kecil yang memerlukan perbelanjaan setiap bulan.

Mohon bantuan

Sebagai seorang isteri, saya mohon bantuan susu dan lampin pakai buang untuk suami yang koma sejak Februari lepas. Walaupun tidak dapat bantuan lain, dapat bantuan ini pun dah cukup buatkannya lega kerana dialah yang perlu memikirkan kewangan keluarga sekarang.

Nuraqilah dari Kampung Kanchong Tengah, Kuala Langat menyatakan suaminya Muhammad Norezwa, terlibat dalam kemalangan ketika dalam perjalanan pulang ke rumah dari tempat kerja pada 14 Februari lalu.

Teruskan hidup demi anak kecil

Katanya, sejak kejadian itu, suaminya tidak sedarkan diri dan sehingga kini hanya terlantar dan perlu diuruskan semua keperluannya.

“Lepas kejadian itu, ibarat jatuh ditimpa tangga, kami berdepan masalah kewangan kerana hanya suami yang menyara kami sekeluarga.

“Kami mempunyai dua anak dan salah seorang anak, Muhammmad Fadhly Fayyad baru sahaja lahir pada 23 April lalu.

Sesiapa yang ingin menyampaikan sumbangan boleh menghubungi Nuraqilah Roslan di talian, 011 51672884 atau menyalurkan ke akaun RHB miliknya, 16203600023307

Nuraqilah Roslan,
Batu 24 Jalan Setia Jaya
Kg Kanchong Tengah

Juga boleh hubungi ,
Tok Soboharto 0132594811
Ketua Kampung Kanchong Tengah

Sumber: Komuniti Kuala Langat

Ada Yang Sudi Beri Bantuan? Suami Koma, Isteri Tiada Pendapatan & Anak Masih Kecil 1

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here