Home Pengetahuan “Ada CCTV, Boleh Nampak Semua” – Bekas Pekerja Nasihat Jangan Buat ‘Wayang’...

“Ada CCTV, Boleh Nampak Semua” – Bekas Pekerja Nasihat Jangan Buat ‘Wayang’ Dalam Pawagam

9319
1
CCTV

“Ada CCTV, Boleh Nampak Semua” – Bekas Pekerja Nasihat Jangan Buat ‘Wayang’ Dalam Pawagam | Apabila ada sahaja filem-filem baru ditayangkan di pawagam, rata-rata peminat filem akan berasa teruja dengan filem tersebut

Sudah pastinya mereka tidak akan melepaskan peluang untuk menontonnya bersama saudara atau teman-teman di panggung wayang.

Selain daripada filem yang menarik, keselesaan tempat duduk di dalam pawagam kadangkala juga amat dititikberatkan oleh penonton. Maklumlah, untuk dapatkan pengalaman sinematik terbaik, mestilah kita inginkan yang terbaik.

"Ada CCTV, Boleh Nampak Semua" - Bekas Pekerja Nasihat Jangan Buat 'Wayang' Dalam Pawagam 1

Namun begitu, kadang-kadang tanpa diduga, waktu sedang syok tengok wayang ini kita akan diganggu dengan pasangan yang sibuk buat ‘wayang’ sendiri. Selalunya mereka akan memilih untuk duduk di area belakang-belakang sebab senang nak sorok.

Tapi tak adalah sorok sangat kalau orang yang duduk di depan pun boleh dengar adegan tidak senonoh mereka yang dekat belakang itu.

Anda tahu tak perbuatan tidak senonoh ini sebenarnya boleh dilihat staf dan kakitangan yang bekerja di pawagam melalui CCTV?

Menerusi laman Twitter, @pineabul yang juga merupakan bekas pekerja di sebuah rangkaian pawagam telah tampil menyatakan bahawa setiap panggung wayang mempunyai kamera CCTV yang diletakkan berhampiran dengan skrin bagi memantau kelakuan penonton wayang.

CCTV

Bukan itu sahaja, dia turut menjelaskan bahawa kegunaan kamera CCTV mod penglihatan malam (night vision) itu adalah bagi mencari semula barang-barang yang ditinggalkan tanpa sengaja oleh penonton seperti beg dompet atau telefon bimbit.

"Ada CCTV, Boleh Nampak Semua" - Bekas Pekerja Nasihat Jangan Buat 'Wayang' Dalam Pawagam 2

Susulan daripada kenyataan yang dikeluarkan @pineabul itu, beberapa lagi bekas pekerja di rangkaian pawagam turut tampil menyokong dan memberi penjelasan mereka tersendiri perihal perkara ini.

"Ada CCTV, Boleh Nampak Semua" - Bekas Pekerja Nasihat Jangan Buat 'Wayang' Dalam Pawagam 3

"Ada CCTV, Boleh Nampak Semua" - Bekas Pekerja Nasihat Jangan Buat 'Wayang' Dalam Pawagam 4

Netizen Mengaku Buat Hal Dalam Panggung, Kantoi Dengan CCTV

Ekoran daripada tweet tersebut juga, terdapat beberapa warganet yang terkejut dengan pendedahan itu mula tampil dan membuat pengakuan mereka

Menariknya, masing-masing tiba-tiba membuat pengakuan atau confession pernah melakukan perkara yang tidak sepatutnya di dalam wayang.

Ada yang mengaku membawa masuk makanan luar, ada juga yang meminta maaf kerana pernah meletakkan kakinya pada kerusi hadapan. Antara komen menarik dari warganet:

"Ada CCTV, Boleh Nampak Semua" - Bekas Pekerja Nasihat Jangan Buat 'Wayang' Dalam Pawagam 5
"Ada CCTV, Boleh Nampak Semua" - Bekas Pekerja Nasihat Jangan Buat 'Wayang' Dalam Pawagam 6
"Ada CCTV, Boleh Nampak Semua" - Bekas Pekerja Nasihat Jangan Buat 'Wayang' Dalam Pawagam 7

Baca Selanjutnya

"Ada CCTV, Boleh Nampak Semua" - Bekas Pekerja Nasihat Jangan Buat 'Wayang' Dalam Pawagam 8

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here