Surau & Masjid Tak Dibuka, Abang GrabFood Solat Di Stesen Minyak | Setelah penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan supaya rakyat duduk di rumah, permintaan pesanan makanan dalam talian sudah semestinya meningkat berkali ganda.
Penghantar makanan seperti platform GrabFood dan Foodpanda terus bekerja keras demi memastikan makanan dipesan selamat dihantar kepada pelanggan sehingga tidak sempat mengisi perut sendiri yang kelaparan.
Terbaru, seorang penunggang GrabFood tidak lupa melaksanakan tanggungjawab sebagai hambaNya apabila dilihat menunaikan solat di sebuah stesen minyak di Seksyen 18 Shah Alam.
Penghantar Makanan GrabFood Ambil Peluang Solat Dimana Sahaja
Perkara itu dikongsi Jaafar Salleh yang memuat naik sebuah posting di laman Facebook dengan memuji tindakan lelaki tersebut sempat meluangkan masa bagi mengerjakan ibadah walaupun sibuk mencari rezeki.
Posted by Jaafar Salleh on Sunday, March 22, 2020
Rakaman video berdurasi 27 saat itu memaparkan abang Grab tersebut khusyuk menunaikan solat di atas sejadah bersebelahan dengan motor miliknya.
“Alhamdulillah kerja kerja jugak, solat jangan ditinggalkan. Mungkin surau Petronas ditutup, sahabat kita ni sembahyang kat luar je. Tapi aku respek kau bro. Memang terbaik, semoga dimurahkan rezeki,” kata Jaafar.
Sumber : Jaafar Salleh

[…] tumpah darah kita ini? Untuk kembali menyumbang dan membantu negara, bantulah PETRONAS. Isilah minyak PETRONAS! Semoga Allah s.w.t selamatkan Malaysia dalam situasi kejatuhan ekonomi dunia dan penyebaran wabak […]
[…] BACA: Surau & Masjid Tak Dibuka, Abang GrabFood Solat Di Stesen Minyak […]