Dr Noor Hisham Dedah 6 Kriteria Jika Mahu Tamatkan PKP, “Tiada Perhimpunan Awam,” | Sudah pasti seluruh rakyat Malaysia mahukan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini akan tamat dengan secepat mungkin.
Memandangkan penurunan jumlah jangkitan Covid-19 di negara kita kian menurun dari hari ke hari sejak PKP Fasa ke-3 ini.
Menerusi sidang media berkaitan Perkembangan Terkini Covid-19 di Malaysia, Dr Noor Hisham ada menegaskan 6 kriteria yang perlu dipatuhi untuk negara kita jika mahu tamatkan PKP ini.
Antara kriteria untuk tamatkan PKP;
- Kemampuan mengawal sempadan daripada kes import.
- Kemampuan mengawal dan merawat pesakit positif (2,041) daripada menjangkiti orang lain.
- Kemampuan sistem kesihatan kita (makmal dan wad).
- Kemampuan kita melindungi golongan berisiko tinggi.
- Norma-norma baharu menjadi amalan hidup iaitu tiada perhimpunan awam, penjarakan sosial dan kerap basuh tangan.
- Kemampuan kita melaksanakan langkah pencegahan dalam komuniti.
Kriteria sebelum menamatkan PKP.
1. Kemampuan mengawal sempadan daripada kes import
2. Kemampuan mengawal dan merawat pesakit positif (2,041) drpd menjangkiti org lain
3. Kemampuan sistem kesihatan kita (makmal dan wad)
4. Kemampuan kita melindungi golongan berisiko tinggi.— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) April 21, 2020
Bertabahlah, Malaysia!
Walaupun PKP akan ditamatkan, tempoh 3 hingga 6 bulan perlu diambil sebelum dapat kembali menjalani kehidupan seperti biasa. #KitaJagaKita #DudukRumah#PrihatinRakyat pic.twitter.com/6fUfIl5HzQ
— ProgressMY (@Progress__MY) April 21, 2020
Berkali-kali KKM menekankan satu-satunya langkah pencegahan paling penting bagi memastikan kita menang dalam perang Covid-19 ini ialah dengan kekal duduk di rumah dan jangan keluar kecuali untuk membeli barang keperluan atau kes kecemasan.
BACA: Dr Noor Hisham Dedah PKP Boleh Ditamatkan, Tapi Ini Petandanya Yang Rakyat Perlu Patuh Dan Faham!
Dengan istilah ” tiada perhimpunan awam ” kita melihat peluang untuk pulang ke kampung menyambut Hari Raya pada tahun ini juga agak tipis. Namun, apalah sangat pengorbanan yang kita perlu lakukan ini dibandingkan dengan kesannya kita dapat menyelamatkan Malaysia dari wabak ini.
Dr Noor Hisham juga sentiasa mengingatkan bahawa perjuangan ini bukan hanya tanggungjawap frontliners semata-mata untuk tamatkan PKP dan sifar jangkitan Covid-19. Adalah besar harapan warga kerja frontliners agar rakyat Malaysia terus memberikan kerjasama dan bersedia untuk kembali ke new normal.
Betulkan yang biasa, biasakan yang betul.!
Sumber: KKM
