Home All Isu Semasa Dalam Masa 3 Bulan, Amerika Syarikat Berdepan Dengan Tiga Situasi Terburuk Dalam...

Dalam Masa 3 Bulan, Amerika Syarikat Berdepan Dengan Tiga Situasi Terburuk Dalam Sejarah

1535
0
Dalam Masa 3 Bulan, Amerika Syarikat Berdepan Dengan Tiga Situasi Terburuk Dalam Sejarah

Dalam Masa 3 Bulan, Amerika Syarikat Berdepan Dengan Tiga Situasi Terburuk Dalam Sejarah | Tahun 2020 bukanlah permulaan tahun yang baik buat kebanyakan masyarakat di seluruh dunia.

Tetapi Amerika Syarikat khususnya menerima tekanan luar biasa tahun ini selepas berhadapan dengan beberapa situasi terburuk yang pernah berlaku dalam sejarah negara itu.

Dalam masa tiga bulan sahaja, Amerika Syarikat (AS) berdepan dengan tiga situasi terburuk termasuklah pandemik COVID-19, insiden George Floyd dan kadar pengangguran terburuk sejarah.

Ketiga-tiga isu ini telah memberikan tekanan yang hebat kepada minda rakyat AS pada masa ini.

Krisis terburuk di Amerika Syarikat

Amerika Syarikat

BACA: Ribuan Rakyat Amerika Adakan Tunjuk Perasaan Protes Perintah Kuarantin Di Rumah Walaupun Statistik Kematian Melonjak!

Amerika Syarikat kini muncul sebagai negara teratas yang mencatatkan kes COVID-19 paling tinggi di dunia. Setakat ini sahaja, sebanyak 2,263,651 kes direkodkan dengan 120,688 kematian. Berdasarkan kajian daripada The Associated Press dan Norc Center for Public Affairs Research, rakyat AS kini sangat tidak gembira dengan keadaan negara mereka.

Hasil daripada tinjauan itu juga mendapati rakyat AS percaya Presiden mereka iaitu Donald Trump telah menjadikan situasi semasa mereka lebih memburukkan. Daripada tinjauan itu, hanya 24 peratus warga AS menyatakan negara berkenaan di landasan yang betul.

Ini adalah berbeza berbanding 42 peratus yang dicapai pada Mac lalu. Apa yang menyedihkan adalah berkenaan masa depan, dua pertiga daripada yang ditinjau tidak mempunyai harapan keadaan akan bertambah baik bergerak ke hadapan.

Keadaan ini dijangka berterusan apabila semakin ramai rakyat AS tidak pasti dengan hala tuju negara. Kenyataan itu disokong dengan 64 peratus warga AS yang menyatakan Trump menjadikan negara itu lebih berpecah belah.

Kematian George Floyd

Amerika Syarikat

Tinjauan yang dilakukan juga menunjukkan lebih separuh daripada rakyat AS percaya Trump menjadikan keadaan semakin buruk selepas kematian George Floyd. Mereka melihat bagaimana majoriti masyarakat di negara ini tidak bersetuju dengan cara Trump menguruskan hubungan antara kaum.

Inisiatif yang dilakukan bagi menegakkan keadilan melalui ‘Black Lives Matter’ juga menyaksikan kemusnahan beberapa perniagaan yang diserang oleh perusuh. Memburukkan lagi keadaan ekonomi negara yang sememangnya sedang berada dalam keadaan yang tidak baik.

Kadar pengangguran di Amerika Syarikat juga dijangka meningkat susulan pandemik COVID-19 kali ini. Seramai 1.5 juta lagi rakyat AS memohon faedah pengangguran untuk pertama kalinya pada minggu lalu.

Dalam 13 minggu terakhir ini, tuntutan baru untuk faedah pengangguran didapati berjumlah 45.7 juta. Tahap pengangguran negara adalah 13.3% bulan lalu, walaupun kebanyakan negeri-negeri mulai meredakan penutupan dan membuka kembali ekonomi mereka.

BACA: Tip Jimat Duit Belanja Harian Ketika Berdepan Cabaran Ekonomi Akibat COVID-19

Dalam Masa 3 Bulan, Amerika Syarikat Berdepan Dengan Tiga Situasi Terburuk Dalam Sejarah 1

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here