Home All Isu Semasa 2 Bot Dinaiki Rohingya Dilapor Tunggu Masuk Malaysia – Polis Marin

2 Bot Dinaiki Rohingya Dilapor Tunggu Masuk Malaysia – Polis Marin

4206
0
2 Bot Dinaiki Rohingya Dilapor Tunggu Masuk Malaysia – Polis Marin
2 Bot Dinaiki Rohingya Dilapor Tunggu Masuk Malaysia – Polis Marin | Selepas 200 etnik Rohingya yang cuba memasuki perairan Langkawi bulan lalu

Kini Pasukan Polis Marin (PPM) mendapat maklumat terdapat dua bot berada di kawasan perairan negara jiran malah menunggu masa untuk menceroboh masuk ke Malaysia.

Menerusi laporan Harian Metro, Komander PPM Bukit Aman Senior Asisten Komisioner Mohd Yusof Mamat berkata, pihaknya menerima maklumat masih terdapat bot lain sedang cuba masuk ke sini.

BACA: Isu Penolakan Kapal Etnik Rohingya, Malaysia Tidak Dapat Tampung Pertambahan Pelarian!

Menurut beliau, Rohingya yang dikategorikan sebagai pendatang asing tanpa izin (PATI) itu tidak berani masuk ke Malaysia selepas semua agensi membabitkan PPM, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengetatkan kawalan di perairan negara.

Rohingya

Gambar sekadar hiasan

“Apa yang kita terima memang ada dua bot lagi berada di perairan negara jiran. Namun disebabkan kawalan ketat ini engan tiga lapisan daripada ATM, APMM dan PPM menyebabkan mereka tidak berani masuk ke negara ini untuk berlabuh,” katanya.

Sumber : Muhaamad Hafis Nawawi (Harian Metro)

Baca Selanjutnya

2 Bot Dinaiki Rohingya Dilapor Tunggu Masuk Malaysia – Polis Marin 1

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here