Home All Isu Semasa Majikan Golongan Kapitalis Ni, 14 Hari Duduk Rumah Tak Niaga Tak Matilah,...

Majikan Golongan Kapitalis Ni, 14 Hari Duduk Rumah Tak Niaga Tak Matilah, Ekonomi Tak Lumpuh Terus!

5021
0
duduk rumah

Majikan Golongan Kapitalis Ni, 14 Hari Duduk Rumah Tak Niaga Tak Matilah, Ekonomi Tak Lumpuh Terus | Penularan wabak Covid-19 yang dilihat semakin kritikal di Malaysia telah memaksa kerajaan untuk membuat Perintah Kawalan Pergerakan bagi mengurangkan risiko ramai lagi individu dijangkiti wabak ini.

Perintah Kawalan Pergerakan telah mula berkuatkuasa sejak 18 Mac 2020 dan dijangka bakal ditamatkan pada 31 haribulan. Susulan daripada penguatkuasaan perintah tersebut, kesemua aktiviti sosial termasuklah acara keagamaan, sistem persekolahan dan banyak premis perniagaan terpaksa ditangguhkan dan ditutup untuk sementara waktu.

Sebenarnya terdapat kebaikannya perintah ini dibuat. Sebagai contoh di Wuhan China, sehingga semalam tiada lagi kes wabak Covid-19 dilaporkan berlaku di negara itu selepas kerajaan mengenakan sekatan pergerakan sejak Tahun Baru Cina iaitu pada pertengahan Januari.

Sudah pasti begitulah juga yang diharapkan oleh kerajaan Malaysia selepas mengenakan perintah tersebut ketika ini.

Justeru, seperti perkongsian yang dibuat seorang pengguna Facebook, dia berkata wabak ini boleh ditangani sekiranya rakyat berdisiplin dan mengikut segala arahan yang telah dikeluarkan kerajaan.

Bila Masyarakat Susah Nak Ikut Arahan Duduk Rumah

COVID-19 memang boleh dikawal. Manusia sebaik-baik ciptaan Tuhan tak kan tak dapat lawan virus.

Untuk hari ke-2 berturut-turut, tiada kes baru dicatat di Wuhan, pusat penyebaran virus yang asal. Sekarang Wuhan tunggu masa nak umumkan bebas virus sejak 27 kes pertama dicatatkan pada 31 Disember 2019.

Kemenangan besar buat penduduk Wuhan dan China. Doktor dan jururawat di Wuhan sempat menanggalkan topeng secara simbolik untuk meraikan kemenangan.

Sementara itu, Itali mencatatkan rekod kematian dalam sehari yang terbesar 2 hari berturut-turut (475 dan 427 kes), menjadikan jumlah kematian di Itali 3405, potong China (3245) menjadi negara yang paling ramai korban.

Bandar seperti Bergamo dah tak mampu nak uruskan jenazah yang bertimbun, tanah perkuburan perlu ditutup, kena pakai trak tentera untuk angkut jenazah ke tempat lain.

Itali ialah negara ke-2 selepas China yang melaksanakan “lockdown” (perintah duduk rumah), tapi apesal tak nampak pun kesan dia? Jadi makin teruk ada lah.

Bila lockdown dilaksanakan, semua orang tak dibenarkan keluar rumah kecuali beli barangan asas atau ada urusan mustahak. Kena ada surat tunjuk sebab kenapa nak keluar. Tapi biasa lah, orang China memang jenis tak faham bahasa juga.

Di situ lah gunanya komunisme (maksud aku untuk China, jangan tuduh aku pro-komunis pulak). Tak ada surat, bersiap sedia lah kena bantai dengan polis. Bantai kaw punya. Orang degil nak berkumpul main mahjong, meja mahjong pun polis bantai sekali.

duduk rumah

Jadi memang tak ada orang berani keluar rumah dan berkumpul. Keadaan terkawal.

Namun kata individu bernama Ayman Rashdan Wong ini, virus tersebut akan gagal dilawan jika manusia mensia-siakan sifat yang telah diberikan oleh Allah.

Orang Itali pula memang jenis manja campur degil. Suruh duduk rumah, nak nyanyi kat balkoni lah, nak main muzik lah, nak berpuisi lah. Lepas bosan nak keluar jalan-jalan jugak. Nak jogging lah, nak cycling lah, nak bawa anjing jalan-jalan lah. Ada je alasan dia.

Yang lagi sadis, disebabkan ada penduduk yang pakai alasan nak check bungkusan di pejabat pos untuk lepak, ada 2 posmen di Bergamo kena jangkit dan meninggal.

Dalam minggu pertama lockdown dilaksanakan, polis keluarkan 46000 saman: 43000 sebab orang langgar perintah duduk rumah, 926 orang sebar berita palsu, 1473 peniaga langgar perintah tutup premis. Tengok lah betapa degilnya orang Itali ni. Polis Itali pula lembut, tak berani bantai orang macam polis China.

Sampai 2 hari lepas pun Gabenor Lombardy (negeri yang paling teruk kena wabak dan tempat terletaknya Bergamo), Attilio Fontana masih perlu merayu-rayu penduduk jangan keluar rumah lagi. “State a casa” (duduk rumah), atau “chiederemo provvedimenti più rigorosi” (kami akan bermohon untuk bertindak lebih tegas). Alahai lembutnya bahasa. Bangsa yang sampai pemimpin kena rayu-rayu ni bangsa yang tak ada harapan dah.

Disebabkan jumlah pesakit Itali yang semakin ramai (591 daripada 1 juta orang, 10 kali ganda China), doktor dan jururawat yang sedia ada dah tak menang tangan. Malah 8% daripada jumlah pesakit adalah doktor dan jururawat. Ingat hari-hari duduk merawat pesakit tak ada risiko dijangkit ke. Jadi sekarang semua pelajar perubatan tahun akhir pun dipanggil untuk berkhidmat, semua belum lepas exam lagi pun.

Apa yang orang Itali boleh buat sekarang hanya berserah je lah. Lockdown gagal.

Ada negara yang tak perlu lockdown pun. Macam Korea Selatan, 4 hari lepas masih negara ke-4 paling teruk kena virus. Hari ni dah jatuh ke no. 8.

Orang Korea hargai kebebasan dan demokrasi mereka, jadi mereka duduk rumah, tak berkumpul, kalau keluar pun berjarak 1 meter, sentiasa membasuh tangan. Topeng tu jangan kata lah, kalau tak ada wabak pun mereka pakai topeng. Kerajaan tak payah suruh pun.

Begitu juga dengan Taiwan, Hong Kong dan Singapura, tak perlu lockdown, pandai-pandai jaga diri. Sebab itu keadaan mereka terkawal.

Of course bukan rakyat jelata je kena mainkan peranan. Yang majikan golongan kapitalis ni, 14 hari tak niaga tak mati lah, ekonomi tak lumpuh terus. Nak 14 hari tak niaga tapi pastu boleh berniaga dengan bebas, atau pun nak mensia-siakan 14 hari, tambah lagi 14 minggu atau 14 bulan tak dapat berniaga baru puas hati?

Manusia akan gagal lawan virus apabila degil tak ikut arahan duduk rumah, manusia mensia-siakan sifat yang diberikan oleh Tuhan: disiplin, sabar, tak pentingkan diri, tak ikut emosi dan nafsu. Semua tu bergantung kepada diri sendiri sebenarnya.

Kalau nak cepat negara kembali seperti sedia kala, sama-samalah kita membantu dan mengikut arahan yang dikeluarkan iaitu duduk rumah diam-diam.

Baca Selanjutnya

Majikan Golongan Kapitalis Ni, 14 Hari Duduk Rumah Tak Niaga Tak Matilah, Ekonomi Tak Lumpuh Terus! 1

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here