Home All Isu Semasa ‘Jika Ada Wabak Meletus, Kita Tak Akan Bersedia’ – Ramal Bill Gates...

‘Jika Ada Wabak Meletus, Kita Tak Akan Bersedia’ – Ramal Bill Gates Pada 2015

5016
1
wabak

‘Jika Ada Wabak Meletus, Kita Tak Akan Bersedia’ – Ramal Bill Gates Pada 2015 | Meremang bulu roma kami selepas menonton video TED Talk dari philanthrophy tersohor dunia, Bill Gates.

Bill Gates yang merupakan pengasas syarikat perisian gergasi dunia iaitu Microsoft seperti sudah tahu bahawa akan ada sebuah wabak yang akan menyerang berjuta-juta manusia di seluruh dunia – dan beliau tahu kita tak akan bersedia menghadapinya.

Beliau menjelaskan segalanya menerusi TED Talk pada April 2015. Video beliau itu yang berjudul ‘The next outbreak? We’re not ready’ kini sedang hangat dikongsi secara meluas memandangkan wabak Covid-19 dilihat semakin meruncing.

Yang Bakal Membunuh Di Masa Akan Datang Bukan Peperangan Tetapi Wabak Berjangkit

“Jika ada yang membunuh lebih daripada 10 juta orang dalam beberapa dekad akan datang, ia mungkin satu virus yang sangat berjangkit dan bukan peperangan,” kata beliau di TED Talk

Menurut Bill Gates, salah satu sebab paling utama adalah kita melaburkan terlalu banyak pada pembangunan tenaga nuklear dan terlalu sedikit pada sistem yang mampu menghentikan wabak epidemik.

“Kita tak akan bersedia untuk wabak seterusnya,” kata Bill Gates.

“Contohnya Ebola. Jika anda lihat apa yang terjadi, masalahnya bukan pada sistem yang tidak berfungsi dengan baik. Masalah sebenarnya adalah kita tidak mempunyai sistem langsung.

“Kita tiada sekumpulan epidemiologis yang bersedia untuk mengesan wabak dari awal dan kita tiada pasukan medik yang betul-betul mampu buat orang bersedia.

“Tiada siapa juga yang melihat pada pendekatan rawatan, melihat pada diagnostik, dan mengetahui apa alat yang harus digunakan. Dan wabak yang besar memerlukan kita mempunyai ratusan ribu pekerja.”

Dua tahun kemudian, beliau bercakap tentang perkara yang sama pada satu majlis di Davos, Switzerland

“Agak mengejutkan betapa sedikitnya persediaan yang ada untuk itu,” kata Bill Gates pada 2017.

Bercakap pada mesyuarat tahunan Persatuan Amerika untuk Kemajuan Sains (AAAS) di Seattle bulan lepas, beliau berkata kesan Covid-19 boleh menjadi “sangat dramatik,” terutamanya jika ia tersebar ke kawasan seperti sub-Sahara Afrika dan Selatan Asia.

wabak

“Ini adalah satu cabaran yang besar,” kata beliau.

“Kita tahu bahawa wabak secara semula jadi adalah salah satu daripada beberapa perkara yang boleh mengganggu sistem kesihatan, ekonomi dan menyebabkan lebih daripada 10 juta kematian.”

Dalam pada penularan wabak adalah sesuatu yang serius, Bill Gates berkata masih belum terlambat untuk kita bangunkan satu sistem yang benar-benar berfungsi

“Kita mempunyai manfaat dari segi sains dan teknologi, kita ada telefon bimbit untuk mendapatkan maklumat dari orang awam dan menyebarkan maklumat kepada mereka, kita mempunyai peta satelit di mana kita boleh melihat pergerakan.

“Kita mempunyai kemajuan dalam bidang biologi yang mampu mengubah masa pemulihan secara dramatik dan dapat menghasilkan ubat-ubatan serta vaksin.

“Kita mampu mencipta alat tetapi alat-alat itu perlu dirangkumkan ke dalam sistem kesihatan global secara menyeluruh, dan kita juga memerlukan persediaan,” kata beliau lagi.

Tonton ucapan penuh Bill Gates di bawah:

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here