Home All Keluarga Usahlah Jadi Seperti Kucing, Sanggup Terima Mana-Mana Jantan Demi Nak Kahwin

Usahlah Jadi Seperti Kucing, Sanggup Terima Mana-Mana Jantan Demi Nak Kahwin

2330
0
kucing

Usahlah Jadi Seperti Kucing, Sanggup Terima Mana-Mana Jantan Demi Nak Kahwin | Bagi yang sudah lama mengikuti laman Facebook Dr Imelda Balchin, tentunya ramai berkesempatan meraih pelbagai ilmu perubatan berguna kan? Selain bertujuan menambahkan pengetahuan sahaja, malahan petua yang dikongsikan memberi manfaat buat kehidupan seharian.

Namun melihat posting yang dibuat baru-baru ini, nampaknya pakar perubatan tersebut sempat memberikan pesanan dengan nada sinikal tentang kehidupan berkeluarga masa sekarang.

Kita wanita jangan jadi macam kucing

Mula dimuat naik sejak 2 hari, pesanan deep Dr Imelda berjaya meraih respon positif sehingga dikongsikan beribu-ribu kali. Dalam menyampaikan pesanan penuh isi tersirat, beliau membuat analogi kehidupan manusia bersama seekor kucing bernama Mek yang sudah dibela sejak 2014 lagi.

Sebagai insan yang pernah membela si bulus, pastinya anda sangat memahami perbandingan yang dinyatakan oleh beliau. Bukan sekadar menyebut tentang masalah terdesak hendak berkahwin, malahan doktor ini berharap semoga wanita lebih mengutamakan diri sendiri.

Usahlah Jadi Seperti Kucing, Sanggup Terima Mana-Mana Jantan Demi Nak Kahwin 1

kucing

Carilah lelaki yang pandai menghargai

Tanpa memilih suami yang betul, mungkin kehidupan bakal berantakan seperti kisah kucing yang diceritakan oleh pakar perubatan ini. Jika diperhatikan setiap bait kata-katanya, beliau ada juga mengaitkannnya dengan isu doula tak bertauliah serta fenomena penolakan vaksin.

Walaupun menggunakan pendekatan berbeza untuk menyampaikan mesej, beliau berharap golongan wanita memilih lelaki yang betul agar kebahagiaan rumah tangga lebih terjamin.kucing

Sumber : Facebook Dr Imelda Balchi

Usahlah Jadi Seperti Kucing, Sanggup Terima Mana-Mana Jantan Demi Nak Kahwin 2

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here