Home All Isu Semasa Suka Masuk Hutan Dan Menikmati Keindahan Alam Sekitar, Kini Dilantik Jadi Menteri...

Suka Masuk Hutan Dan Menikmati Keindahan Alam Sekitar, Kini Dilantik Jadi Menteri Alam Sekitar

4422
0
alam sekitar

Seorang individu di Facebook telah menulis kata-kata yang ditujukan kepada Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Menteri Alam Sekitar yang baru dilantik bagi kabinet 2020.

Difahamkan kata-kata tersebut bagi mempertahankan kredibiliti Tuan Ibrahim susulan segelintir aktivis alam sekitar yang meluahkan kebimbangan berhubung prestasi Tuan Ibrahim Tuan Man selepas pemimpin PAS itu dilantik sebagai menteri alam sekitar yang baru.

” Orang yang suka masuk hutan, dan reti menikmati keindahan hutan dan sungai semulajadi paling sesuai diamanahkan menjaga alam sekitar.

Alam sekitar

” Orang nampak pokok balak bagai nampak duit, dia nampak pokok balak sebagai penyaman udara. Orang nampak sungai bagaikan longkang awam, dia nampak sungai sebagai nadi kehidupan.

” Sayangnya dia pada hutan dan sungai menjadikan dia seorang environmentalist semulajadi. Kekuatannya mentaati suruhan agama untuk menjaga alam sekitar menjadi pedoman utamanya di dalam menjalankan amanah menjaga alam sekitar.

” Kerja ini bukan untuk kerja orang pandai berbahasa, tapi kerja untuk manusia yang reti mencintai alam sekitar sebagaimana dituntut Tuhan.

Perkongsian tersebut yang ditulis individu menggunakan nama Timmy Say telah dikongsikan ke dalam beberapa ‘page’ dan ‘group’ Facebook dan mendapat perhatian ramai.

Pakai baju Pagoda, memukat di sungai. Menghargai Alam Sekitar

Ini kerana turut dikongsikan gambar Tuan Ibrahim yang bersahaja berbaju T pagoda sambil memegang pukat dan tidak kekok melakukan aktiviti seperti kebanyakan lelaki di pedalaman memukat ikan di sungai.

” Dia orang jengka, mak ayah buka tanah sana…setakat hutan dan sungai tu perkara biasa baginya. Hutan dan bukit bukau sudah menjadi mainan baginya. Pengalaman hidup paling bernilai..kini dilantik jadi Menteri Alam Sekitar”, tulis Syamsul.

Tuan Ibrahim adalah tokoh yang tidak asing lagi dalam arena politik tanah air, dilahirkan pada 27 Ogos 1960 di Kampung Batu Balai, Jerantut, Pahang, beliau  mula bergiat aktif dalam politik apabila bertanding Pilihan Raya Umum ke-10 pada 1999 bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jengka.

Dalam sidang media pertama sebagai Menteri Alam Sekitar, beliau berkata antara yang akan diteruskan ialah Pelan Hala Tuju Malaysia ke Arah Sifar Plastik Sekali Guna 2018-2030, yang dijangka dikuatkuasakan sepenuhnya pada 2022.

Kementerian Alam Sekitar akan meneruskan dasar dan inisiatif baik berkaitan alam sekitar yang diperkenalkan kerajaan terdahulu serta menyemak semula dasar yang memerlukan penambahbaikan, kata Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

” Ketika ini, kita masih dalam fasa peralihan serta pendidikan pengguna dan kita perlukan masa kerana proses ini memerlukan kos, tetapi kita letak tempoh sehingga 2022 untuk kita kuatkuasakan,” kata Tuan Ibrahim selepas mempengerusikan mesyuarat pasca Kabinet pertamanya di sini, hari ini.

Beliau juga berkata Dasar Alam Sekitar Negara (DASN) 2002 dan Dasar Perubahan Iklim 2009 akan disemak semula dan dibentangkan di Parlimen dalam masa terdekat memandangkan kedua-duanya sudah lama tidak disemak.

Tuan Ibrahim berkata DASN 2002 perlu disemak semula kerana terdapat perkembangan baharu dalam isu berkaitan alam sekitar dan perubahan iklim.

” Usaha ini adalah bagi melengkapi dimensi alam sekitar yang terkandung dalam dasar kebangsaan dan akta lain dengan mengambil kira perjanjian antarabangsa berkaitan pengurusan alam sekitar,” katanya.

Tuan Ibrahim turut meletakkan usaha memelihara dan memulihara sumber air, terutama sungai, sebagai petunjuk prestasi utama (KPI) beliau bagi tahun ini.

” Al-Quran menyebut sumber kehidupan ialah air, jadi fokus kita adalah untuk memastikan bahawa sumber kehidupan ini dapat dipelihara,”

Katanya sambil menambah bahawa mesyuarat hari ini dimaklumkan mengenai pengaktifan Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan bagi menghadapi cuaca kering yang dijangka berlarutan sehingga pertengahan bulan April ini.

Sedikit info tentang Tuan Ibrahim

Tuan Ibrahim melanjutkan pengajian sarjana muda di Universiti Kebangsaan Malaysia dan memperoleh ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) Dakwah dan Kepimpinan.

Seterusnya, beliau melanjutkan pengajian sarjana dalam bidang Dakwah dan Kepimpinan di Universiti Kebangsaan Malaysia, dan tamat pengajian pada 1995.

Tesis sarjana beliau bertajuk Implikasi Pelancongan Ke Atas Umat Islam – Satu Kajian Di Pulau Tioman. Beliau menekankan tiga keberkesanan kajian beliau, iaitu dari segi hal tanah, dari segi manfaat kepada penduduk dan dari segi akhlak Islam.

Beliau pernah berkhidmat sebagai guru di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Clifford, Kuala Lipis dan bertugas sebagai pensyarah kanan selama 14 tahun di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Jengka, Pahang dan Manjong, Perak.

Pada Pilihan raya umum Malaysia 2018 pula, PAS meletakkan beliau di kerusi Parlimen Kubang Kerian, dan berjaya menewaskan dengan majoriti yang besar iaitu 19,369 menewaskan calon UMNO dan PAN.

Aktivis alam hari ini meluahkan kebimbangan berhubung prestasi Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man selepas pemimpin PAS itu dilantik sebagai Menteri Alam Sekitar yang baharu.

Presiden Pertubuhan Perlindung Khazanah Alam Risau Dan Was-Was

Presiden Pertubuhan Perlindung Khazanah Alam (Peka) Shariffa Sabrina Syed Akil berkata pihaknya berasa was-was dengan kerja dan perancangan pemimpin parti Islam itu dalam menerajui kementerian berkenaan.

“Tengok di Kelantan, teruk hutan sudah hancur dan komuniti Orang Asli merana,” katanya ketika dihubungi FMT.

Shariffa Sabrina bagaimanapun berkata, beliau tetap mengharapkan yang terbaik daripada Tuan Ibrahim, terutama sekali melibatkan pindaan undang-undang berkaitan alam sekitar dan pembalakan.

“Harapnya, beliau boleh membuka pintu perbincangan untuk NGO seperti kami dan bekerjasama untuk masa depan alam sekitar yang lebih baik,” katanya

Sumber : FB Timmy Say

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here