Home All Kisah Teladan Di Restoran Dapur Infaq Ummah, Bayar Seikhlas Hati Atau Makan Percuma

Di Restoran Dapur Infaq Ummah, Bayar Seikhlas Hati Atau Makan Percuma

1650
1
dapur infaq

Di Restoran Dapur Infaq Ummah, Bayar Seikhlas Hati Atau Makan Percuma  | Pilihlah makanan yang diinginkan, makanlah sepuasnya dan jika tidak mampu bayar makanan itu dianggap sedekah.

Itulah konsep yang dipraktikkan setiap hari di Restoran Dapur Infaq Ummah di Kompleks Dagangan Indera Mahkota bagi membantu golongan berpendapatan rendah termasuk asnaf dan penuntut menikmati sarapan pagi sebelum memulakan rutin harian walaupun tanpa wang.

Matlamat Restoran Dapur Infaq Ummah

Pendekatan itu dilaksanakan oleh pemilik restoran, Badrul Jamili Kamaruddin itu apabila beliau melihat penuntut universiti hanya mampu membayar makanan dimakan sebanyak 30 sen.

Dapur InfaqSumber: Sinar Harian

Menurut pemilik restoran yang ditubuhkan oleh NGO Kebajikan dan Badan Amal, pelanggan boleh makan apa sahaja makanan yang terdapat di premisnya dan membayar seikhlas hati dengan memasukkan wang ke dalam tabung yang disediakan di kaunter bayaran.

Wang sumbangan yang diterima di dalam tabung itu dikumpulkan dan akan disedekahkan kepada mereka yang memerlukan melalui pelbagai cara termasuk menganjurkan program bersama asnaf dan gelandangan bersama beberapa NGO setiap minggu.

Dapur InfaqSumber: Kitareporters

Menu yang disediakan di restoran ini antaranya roti tempayan kari kambing, kari ayam, nasi lemak, pulut, mihun dan pelbagai jenis kuih. Menu paling popular di sini ialah roti tempayan yang mana hampir setiap hari mereka perlu menyediakan sebanyak 150 roti.

Terdapat lima pilihan roti tempayan di sini iaitu roti kosong, ekstra cheese, roti kambing, roti ayam dan roti daging cincang.

Dapur InfaqSumber: KuantanLoka

“Walaupun berkonsepkan bayar seikhlas hati, namun purata setiap hari saya mampu meraih pendapatan RM750 hingga RM900 dan tidak pernah menanggung kerugian,” katanya.

Kalau ingin mencuba makan di sini, bolehlah ke Dapur Infaq, Kompleks Dagangan Mahkota, Bandar Indera Mahkota, Kuantan (landmark bangunan tepi Hotel Sri Manja). Restoran ini beroperasi setiap Isnin hingga Jumaat bermula jam 7 pagi hingga 12 tengah hari, tapi perlu datang awal kalau tidak terlepas untuk merasa roti tempayan kari kambing!

Sumber: KuantanLokaBerita Harian

Di Restoran Dapur Infaq Ummah, Bayar Seikhlas Hati Atau Makan Percuma 1

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here