Home All Isu Semasa Rakyat China Yang Datang Dekat Dengan Sempadan Korea Utara Akan Ditembak

Rakyat China Yang Datang Dekat Dengan Sempadan Korea Utara Akan Ditembak

5310
0
China

Pihak berkuasa China memberitahu orang ramai untuk menjauhi sempadan negara tersebut dengan Korea Utara, yang telah mengharamkan rakyat China dari masuk ke negaranya untuk membendung coronavirus. Jika ingkar, mereka berisiko ditembak pengawal keselamatan Korea Utara, ujar penduduk tempatan.

Penduduk berkata amaran itu datang dalam bentuk notis bercetak yang diedarkan pihak berkuasa negara terbabit minggu ini, sebagai peringatan bahawa negara Korea Utara mengambil serius ancaman coronavirus.

Hubungan China Dan Korea Utara

China

China dan Korea Utara merupakan sekutu rapat yang berkongsi sempadan seluas 1,400-km yang dipisahkan oleh sebatang sungai. Bila tiba musim sejuk, sungai itu membeku dan membolehkan orang ramai merentasi sempadan.

Penduduk bandar Jian dan Baishan diberi amaran akan ditembak jika datang dekat dengan sempadan.

Mereka juga dilarang menangkap ikan, memberi ternakan minum atau buang sampah ke dalam sungai.

Korea Utara telah meminta negara terbabit mengetatkan kawalan sempadan untuk mengelakkan rakyatnya dari ditembak mati sementara Korea Utara menaikkan tahap ancaman coronavirus pada tahap tertinggi, katanya.

Badan keselamatan awam akan memantau sempadan 24 jam sehari dan sesiapa melanggar peraturan akan dikurung.

Dan jika dilihat pengawal keselamatan Korea Utara, akan ditembak.

Sumber: Reuters

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here