Home All Kisah Teladan ‘Kenapa Takut Posting ke Sarawak, Sabah?’ Guru Kongsi Pengalaman Berkhidmat di Sarawak...

‘Kenapa Takut Posting ke Sarawak, Sabah?’ Guru Kongsi Pengalaman Berkhidmat di Sarawak Selama 14 tahun

1630
1
guru

Apabila bergelar seorang guru, sudah pasti gelisah memikirkan tempat yang bakal ditempatkan nanti samada dalam semenanjung atau Sabah, Sarawak. Sudah pastinya ada kalangan mereka tidak mahu ke luar semenanjung, risau dengan keadaan di tempat orang dan juga berjauhan dengan keluarga.

Tetapi, seperti kata guru ini, usah risau jika ditawarkan ke tempat tersebut kerana dari situ pelbagai benda yang dapat kita pelajari. Pengalamannya selama 14 tahun berkhidmat di sana memberikan 1,001 pengalaman yang amat berharga.

Guru Tak Perlu Takut Posting Ke Sarawak Atau Sabah, Ini Sebabnya

KENAPA takut posting ke Sarawak Sabah? Minggu ni, saya dapat banyak mesej dari kawan-kawan yang ditawarkan jadi Guru Intrim ke Sarawak Sabah. Berbagai perasaan mereka. Ada yang bakal jauh dari keluarga, ada yang jauh dari suri hati dan zuriat. Sungguh, ia keputusan sukar. Saya pernah lalui perasaan itu.

Gambar ini, saya pakai Baju Burung lambang pahlawan Iban. Rantai manik Orang Ulu, tiada kaitan dengan keagamaan. Ia adalah adat. Rantai manik juga sebahagian dari hadiah tanda restu masyarakat Kelabit di hari perkahwinan.

Sepasang Baju Burung, kenangan dari sahabat-sahabat geng keras di SK Sayed Othman dulu. I miss you all!

Ini gambar terakhir saya bersama sahabat berbangsa Cina Tan Ah Lek. Tiada beza antara warna kulit. Rukun Damai di Sarawak dulu.

guru

Nasihat dari saya pada yang sempat 14 tahun di Bumi Miri, Sarawak. Mari kita baca skill ‘survival’ nak jadi guru di sabah atau sarawak.

1. Tanamkan Rasa Bersyukur Ditawarkan Jawatan Gred 41

“Beruntungnya anda masih ditawarkan jawatan berGred 41. Tau atau tidak, perjawatan sekarang sedang dikecilkan. Kejat, bukan sajat! Jawatan yg juga di trade off. Saya yg pernah naik turun SPA, JPA, MOF untuk byk urusan perjawatan bila berkhidmat di Putrajaya. Ia sgt sukar. Pergi lah, rebut lah jawatan!”

2. Berkawan Seramai Mungkin

“Carilah kawan seramai mungkin. Saya merindui saudara mara di Miri. Sungguh, kenalan itulah pengubat rindu pada keluarga nanti. I miss Kampung Luak, Masjid Luak…”

3. Sila Jujur Jika Telah Berpunya

“Kalau single, jujur lah single! Kalau dah berjanji, pegang lah janji dengan si dia sebelum anda ke Sarawak Sabah. Ingat, di Sarawak “Sulu Bajiek Amai” (perempuan sangat cantik). Di Sabah, “Sumandak” (panggilan untuk anak dara) tidak kurang nya!”

4. Libatkan Diri Dengan Masyarakat

“Libatkan diri dalam masyarakat. Kenali siapa imam kawasan, kenali geng masjid. Bukan semua org ke masjid itu baik, tetapi masjid lah tempat berkumpul orang baik2”

5. Usah Berlagak Atau Buat-Buat Pandai

“Jangan tunjuk pandai, jangan berlagak pandai. Jangan buat2 pandai dooo… tapi, pandai2 lah di tempat orang”

6. Selesaikan Segala Ansuran (Jika Ada) Guna Elaun Seberang Laut

“Habiskan ansuran kereta dengan elaun yg tinggi. Ya, Sarawak Sabah elaun nya besar. 17.5% elaun seberang laut! Habiskan ansuran kereta dulu! Bila anda dpt balik ke Semenanjung selepas habis hutang kereta. Anda akan bebas!”

7. Mohon Pindah Selepas Naik Gred

“Apa kata selepas gred naik, baru mintak pindah? Kalau balik semenanjung, gred 41. Ibarat macam fresh grad la… Berlambak org senior kt sekolah tu. Tu tak termasuk lagi yg perasan diva. Sekolah kan…”

8. Hormati Adat

“Hormati lah adat mereka. Dulu, saya belajar bagaimana org Iban dalam tempoh berkabung. Ada kain hitam di lengan baju. Saya belajar bagaimana adat2 berbagai kaum. Hormati lah mereka, anda akan di hormati”

9. Pelajari Bahasa Ibunda Setempat

“Belajar lah bahasa ibunda mereka. “Nama berita?” apa khabar dalam Bahasa Iban. “Inau dengah ka au?” apa khabar dalam bahasa Melanau. “Seh, debeh, telau” 1,2,3 dalam dialek Miriek.. Best belajar banyak bahasa…”

10. Jangan Takut Pada Agama Dan Kepercayaan Lain

“Jangan takut agama dan kepercayaan lain. Hormati mereka. Jiran saya berbagai bangsa, agama, dan keturunan. Masih ingat, jemputan Krismas di rumah kaban Shalina Engka. Sungguh, mereka menempah katering yang halal. Mereka faham. Mereka juga ada saudara-mara yg memeluk Islam. Tidak salah kita juga memahami sesama kita”

11. Ambil Kesempatan Meneroka Tempat Orang

“Ambik peluang mengenali tempat org. Saya pernah ke Mulu Sarawak. Rupanya, org Sarawak pun belum pernah ke Mulu. Cantik tempat tu. Untuk rekod, satu2 nya surau di Mulu berhampiran airport tu, adalah usaha bersama dulu”

'Kenapa Takut Posting ke Sarawak, Sabah?' Guru Kongsi Pengalaman Berkhidmat di Sarawak Selama 14 tahun 1

Cukuplah, setuju je. Pergilah posting ke Sarawak Sabah jadi guru disana!

Dari sebuah meja di bilik Guru SK Sayed Othman, ke sebuah bilik di Putrajaya. A walk To Remember.
Sumber: Mohd Nassru

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here