Home All Keluarga Perkongsian Ibu Tunggal, The Struggle Is Real. Hati Perlu Kental, Tak Boleh...

Perkongsian Ibu Tunggal, The Struggle Is Real. Hati Perlu Kental, Tak Boleh Tisu!

3034
0
ibu tunggal

Perkongsian Ibu Tunggal, The Struggle Is Real. Hati Perlu Kental, Tak Boleh Tisu! | Anak sakit lagi. Takkan nak EL lagi? Kesian anak aku” “Dari pukul 5 pagi, sekarang dah menjelang pukul 10 malam, aku belum menarik nafas lega. Penatnya badan ini” ” Kerja belum siap. Terpaksa aku balik awal, amik anak di taska.

Pukul 7 nanti kena bayar overtime pulak” “Apa nak masak malam ni. Badan rasa macam dah dikerat 18. Tak masak nanti nak kena makan luar pulak. Nak kena drag anak anak yang masih kecik ni ke kedai. Lagipon ntah bersih ntah tidak makan di luar”

Dear Single Mother.. kalau hati anda berkata begini saban hari, YOU ARE NOT ALONE and most importantly, YOU ARE NOT A BAD MOTHER!

ibu tunggal

Tiada wanita yang bangga bergelar Ibu Tunggal. Dan walau ianya pilihan anda (atas sebab apa sekali pun, saya percaya ianya adalah pilihan masing masing, contoh, untuk keluar dari bad marriage sebab suami anda curang, masih pilihan anda bukan?)

Untuk bergelar Ibu tunggal, there is no turning back. Hidup perlu diteruskan.. Hati perlu kental, tidak boleh tisu. Saya percaya, most Single Mother bekerja untuk menampung kehidupan seharian. Mungkin ada bekerja professional, berniaga atau bekerja dari rumah. Nafkah dari bekas suami kalau ada semestinya tak mencukupi untuk anak anak (kalau ada,kalau bekas hilangkan diri dan move on macam takda tanggungan? Puii!- malas nak start, nanti jadi luahan perasaan iols)

Banyak Dugaan Ibu Tunggal, Tetapi Hati Mesti Kental

The struggle is real. Saya tolak tepi struggle pandangan negatif orang pada golongan Ibu tunggal. Biasanya golongan ibu tunggal yang kental, mereka tak heran pun pada orang yang tergugat kami nak ganggu rumahtangga mereka. Menurut pandangan saya, biasanya Ibu tunggal yang baru keluar dari bad marriage ini, air muka mereka sudah bertukar jernih walaupon struggle.

Ada kebahagiaan dalam kesedihan. Ada cahaya di mata mereka walaupun suram. Ada cahaya harapan memerlukan cinta dan kasih sayang sejati di mata mereka. Ada seri kata orang. Seri Ibu Tunggal. Seri ini yang menggugat para suami orang untuk turn on hormon gatal mereka..

Ok, berbalik pada struggle ibu tunggal. Bertahanlah. Ramai orang seperti kamu. Tak semua mampu meluah dengan kata kata dan di hati kecil mereka berharap, the day will pass. Ramai yang berpesan sandarkan kasih sayang pada anak. Oh, ini memangla. Tiang lampu pon boleh bagai kata kata yang sama. Semua pun sayang pada anak kan? Tapi tanggungjawab dan amanah untuk membesarkan anak anak sebaik mungkin, korang nak tolong jawab ke?

Persekitaran dan rumah yang bersih, makanan yang sihat, kerja sekolah tip top, exam cemerlang dan list goes on. Nak cerita pada kawan kawan yang memiliki rumahtangga bahagia, fahamkah mereka? Lepas cerita, mereka pon teruskan kehidupan masing masing. Kamu jugak yang kena menjawab semua.

Bertahanlah. Keep going strong. Again you are not alone. Sayangi diri anda. Sesekali ambil masa untuk rehat (tak berdosa pun kalau memerlukan ME time ok?!). Pada saya yang bekerja dalam bidang professional, sejam sehari (tak termasuk tidur dan solat ) dah memadai. Saya cuma perlu a cup of good coffee and a moment of self reflection in a day, dah cukup pada saya.

Pada moment sejam itu, saya kenang pencapaian saya hari ini. Moment untuk bangga dengan diri saya sendiri dan moment angkat bakul sendiri sekejap..

List down what makes you happy (bukan beg LV, holiday overseas, bukan tau!) Maksud saya, in a day, lunch yang sedap atau power nap atau sepotong kuih kegemaran yang sedap untuk minum petang.. Mudah dan asas! Cuba quick fix mudah ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here