Home All Tazkirah Yang Diberi Percuma Itu Kadang Kala Lebih Baik, Kisah Ustazah Ini Tentang...

Yang Diberi Percuma Itu Kadang Kala Lebih Baik, Kisah Ustazah Ini Tentang Aturan Rezeki Dari Allah

1614
0
percuma

Yang Diberi Percuma Itu Kadang Kala Lebih Baik, Kisah Ustazah Ini Tentang Aturan Rezeki Dari Allah | Salah satu kekuasaan tuhan itu adalah menetapkan rezeki buat hamba hambaNya. Semuanya sudah ditetapkan. Tiada siapa yang boleh mempertikaikan bagaimana cara sesuatu rezeki itu datang. Jika tuhan telah tetapkan, maka tiada siapa yang boleh menghalang dari sesuatu rezeki itu datang kepada hambaNya.

Bagi wanita ini, yang dikenali sebagai Ustazah Maznah Daud, dia telah berkongsi bagaimana satu pengalaman yang beliau sedari akan aturan tuhan itu sangat indah sekali.

Pada awalnya, Ustazah Maznah berkongsi dia dan suami singgah di sebuah kedai yang terletak di sebuah stesyen petrol ketika di dalam perjalanan dari Kota Bharu ke Shah Alam. Sedang dia membelek barang barang yang terletak di dalam kedai tersebut, beliau berhajat akan sebungkus buah jeruk dan sebungkus kacang.

Apabila tiba di kaunter bayaran, penjaga kaunter memberitahu yang plastik jeruk terbabit telah pun koyak dan meminta agar Ustazah ambil yang baharu.

Namun, Ustazah Maznah memberitahu yang itu adalah bungkusan jeruk yang terakhir yang terdapat di rak tersebut. Bagaimanapun, ustazah tetap mahukan jeruk itu. Melihat kepada situasi ini, tukang penjaga kaunter memberitahu yang dia sedekahkan sahaja kepada ustazah jeruk itu diberikan percuma dan mengenakan bayaran hanya kepada bungkusan kacang yang diambil ustazah.

Tika dalam perjalanan. Waktu ingin menikmati kedua dua kudapan itu, ustazah ini menemui sesuatu yang membrikan dia satu pengajaran berharga.

Ikuti perkongsian penuh dari Ustazah ini di bawah.

percuma
Gambar Sekadar Hiasan

Perihal Rezeki Percuma

Sesungguhnya Allah mengatur rezeki kita dari sekecil-sekecil perkara hingga ke sebesar-besarnya. Kisah yang kami alami tiga hari lepas adalah satu daripada contohnya. Kisah yang sangat simple tapi tetap bermakna kerana tidak ada satupun kejadian di dunia ini berlaku dengan sia-sia.

Dalam perjalanan pulang dari KB ke SA, kami singgah di sebuah stesyen petrol yang kecil di hujung pekan Jerteh. Ketika suami sedang mengisi petrol saya masuk ke kedai serbanekanya yang kecil untuk membeli apa-apa makanan yang dapat dikunyah sepanjang perjalanan untuk mengelak dari rasa mengantuk.

Saya ambil sebungkus kacang dan sebungkus buah jeruk. Harga setiap satu RM3.00

Saya bawa kedua-duanya ke meja. Saya hulurkan duit RM6. Tuannya melihat kedua-dua bungkusan itu, kemudian berkata “bungkusan jeruk ni ada bocor sikit. Makcik ambil yang lain, ye!”

Saya berkata, “dah tak ada yang lain. Itu saja yang ada”.

“Tak mengapalah, makcik ambil kacang saja”, saya menambah.
Dia memasukkan kedua-dua bungkusan ke dalam beg plastik dan memulangkan duit RM3 sambil berkata, “jeruk ni saya bagi percuma saja, tak payah bayar”.
Saya ucap terima kasih dan keluar dari kedai untuk meneruskan perjalanan yang masih jauh.

Beberapa minit selepas meninggalkan pekan Jerteh, kami membuka bungkusan jeruk yang diberikan percuma tu. Alhamdulillah rasanya masih elok dan sedap.

Tak berapa lama selepas itu kami buka pula bungkusan kacang. Allahu Akbar! Kacang sangat keras dan baunya ma syaa Allah, jauh berubah dari yang asal. Langsung tidak boleh dimakan.

Itulah rezeki. Yang dibayar tak boleh dimakan, yang percuma pula boleh dimakan. Rezeki kami pada yang diberi percuma. Jadi, tolak campur tetap tak rugi, alhamdulillah.

Sumber asal Ustazah Maznah Daud

Begitulah rezeki. Kekadang sesuatu yang kita tidak sangka itu adalah rezeki buat kita. Kalau dilihat balik situasi di atas, mungkin itu jalan bagi si penjaga kedai untuk bersedekah. Dan itu jalan bagi ustazah untuk mensyukuri di atas segala pemberian yang diberi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here