Home All Isu Semasa Pemerintah Korea Utara Kim Jong Un Mengarahkan Rakyat Yang Dijangkiti Coronavirus Ditembak

Pemerintah Korea Utara Kim Jong Un Mengarahkan Rakyat Yang Dijangkiti Coronavirus Ditembak

7870
1
korea utara

Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un mengambil langkah drastik untuk mengekang penyebaran coronavirus (COVID-19) di negaranya dengan dakwaan telah mengesahkan pelaksanaan hukuman mati kepada pesakit di negara itu yang disahkan positif dengan virus tersebut.

Berita ini berdasarkan daripada seorang pengulas media sosial tanpa nama yang memperkenalkan dirinya sebagai penganalisis hal ehwal China mengakui pesakit Korea Utara tersebut telah ditembak mati. Walau bagaimanapun, kes ini masih belum mendapat kebenaran daripada pihak negara tersebut.

Namun, perkara ini tidak menghairankan kerana di bawah pemerintahan Kim Jong Un, langkah-langkah keras yang diambil adalah bertepatan dengan segala perkara yang ingin dicapai olehnya.

korea utara

Seorang pegawai perdagangan Korea Utara ditembak mati kerana gagal untuk berada dalam ruangan kuarantin coronavirus dan pergi melawat ke tempat mandi awam.

Media Korea Selatan pula melaporkan pegawai tersebut kembali ke negaranya selepas menyelesaikan urusan di China telah dihukum mati kerana khuatir virus tersebut merebak dengan cepat.

Satu kenyataan rasmi yang telah dikeluarkan oleh pihak Korea Utara telah menegaskan dengan berulang kali bahawa negara tersebut tidak mempunyai sebarang wabak gejala yang berjangkit dan ini telah menimbulkan kebimbangan dengan mengesyaki Pyongyang berkemungkinan menyembunyikan wabak tersebut.

Pyongyang memaklumkan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) telah menjalankan ujian ke atas 141 kes yang dilaporkan berkaitan coronavirus dan semuanya mempunyai hasil negatif.

Tetapi media Korea Utara yang bergantung pada sumber tanpa nama telah melaporkan kes-kes coronavirus di Korea Utara ada diantaranya telah menemui ajal.

Chosun Ilbo, akhbar terbesar Korea Selatan melaporkan terdapat sekurang-kurangnya dua kes disyaki di bandar Sinuiju, yang bersempadan dengan China. Korea Selatan yang berpangkalan di Korea Utara memetik daripada sumber melaporkan sebanyak lima orang telah meninggal dunia akibat coronavirus di bandar yang sama.

Sementara itu, negara tersebut telah menutup sempadannya dan menghentikan hubungan pengangkutan dengan China. Warga asing yang melawat negara tersebut pula diletakkan dalam kuarantin selama 30 hari, manakala diplomat asing dan kakitangan organisasi antarabangsa telah dihadkan pergerakan mereka di seluruh Pyongyang.

Secara meluas dapat dipercayai bahawa Korea Utara berada dalam ketakutan terhadap coronavirus kerana telah memelihara Pemimpin Tertinggi negara tersebut Kim Jong Un, dari muncul di khalayak ramai, yang kali terakhir dilihat sejak akhir Januari.

Pegawai WHO telah mendakwa bahawa negara tersebut telah meminta bekalan seperti gaun, sarung dan hazmat melalui saluran belakang dan ini lebih menimbulkan kebimbangan berkenaan Korea Utara juga mempunyai kes coronavirus.

Sumber 

CONTINUE READING

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here