Home All Doa Sebelum Nak Tanam Pokok Baca Doa Ni. Moga Pokok Tumbuh Subuh Dan...

Sebelum Nak Tanam Pokok Baca Doa Ni. Moga Pokok Tumbuh Subuh Dan Hasil Diberkati!

22037
10
tanam pokok

Nak Tanam Pokok Pun Ada Doanya. Ni Dikongsikan Untuk Yang Belum Tahu!  | Sebelum memulakan kerja dahulukan dengan dengan bismillah dan berdoa. Pesanan ini begitu biasa kita dengar sejak kecil lagi.

Ini kerana kita yakin, setiap usaha yang dilakukan jika disertakan doa akan memberikan ketenangan dan jika berhadapan dengan rintangan. Malah kuasa doa itu juga menjadikan kerja yang kita lakukan lebih bermakna.

Begitu juga halnya jika kita ingin melakukan aktiviti berkebun di laman rumah, ada baiknya diajarkan sekali doa ini kepada anak-anak agar mereka sedar kebergantungan kita kepada Allah walau apa sekali pun yang kita lakukan.

Jadi buat yang belum tahu doanya, di sini dikongsikan untuk pemahaman bersama. Jom semak.

Sebelah rumah ada sekangkang kera tanah. Tiba-tiba jadi mood rajin, maka bercucuk tanamlah sikit pokok tanaman.

Ayah saya dulu suka sangat berbudi pada tanah. Pantang ada tanah kosong, dia akan bercucuk tanam.

“Tanam pokok boleh makan ni, nanti pakat-pakat boleh makan.” Masih teringat pesanannya dulu.

tanam pokok

Ini saya nak share satu amalan doa sebelum tanam pokok. Iaitu doa tanam pokok yang diajarkan oleh al-Marhum Tuan Guru Haji Salleh Sik.

Moga-moga tanaman yang kita tanam akan hidup subur dan mengeluarkan hasil yang barokah dengan izin Allah SWT. Baca 3 kali doanya sebelum tanam pokok:

سُبْحَانَ الوَارِثُ البَاعِثُ

“Maha Suci Allah yg Maha Mewariskan lagi Maha Membangkitkan.”

Begitu juga buat saudara Miezo Drjeruk turut berkongsi doa yang sama sering diamalkan setiap kali menanam pokok. Ini perkongsiannya

tanam pokok

DOA TANAM POKOK

Jika pokok lambat berbuah, tak berbuah langsung dan yang lebih malang ada juga yang sudah padam, jangan salahkan sape-sape, kita tu yang tak baca doa masa tanam pokok. Ni doa bagi yang tak tahu, yang dah tahu kita geng.

Selawat 3x
-Bismilahhirohmanirohimm.-
…’Subhaanalwaarisu al baa isu’..

Ertinya:
Maha suci Allah yang maha mewariskan dan maha membangkitkan.

Semoga tanaman anda hidup subur dan bakal mendatangkan hasil yang lumayan.

sumber : Miezo Drjeruk via Group Kebun Kampung Tanam, Teknik sendiri & Farid Rashidi

Sebelum Nak Tanam Pokok Baca Doa Ni. Moga Pokok Tumbuh Subuh Dan Hasil Diberkati! 1

10 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here