Home All Isu Semasa Menteri Kesihatan Indonesia Jelaskan Mengapa Negara Mereka Tidak Dijangkiti Virus

Menteri Kesihatan Indonesia Jelaskan Mengapa Negara Mereka Tidak Dijangkiti Virus

6428
0
kesihatan

Menteri Kesihatan Indonesia Jelaskan Mengapa Negara Mereka Tidak Dijangkiti Virus | Rakyat Indonesia pasti bersyukur kerana negara mereka bebas daripada wabak koronavirus yang sedang dihadapi beberapa negara lain setelah tersebarnya sejak beberapa minggu lalu.

Menurut kajian yang dilakukan Universiti Havard mengenai wabak tersebut, Indonesia sepatutnya mempunyai kes virus tersebut.

kesihatan

Untuk menjawab persoalan itu, Menteri Kesihatan Terawan Agus Putranto yang merupakan seorang doktor tentera dan radiologi berkata bahawa mereka tidak terkena virus berkenaan disebabkan kuasa doa.

“Kami bersyukur kepada Tuhan dan ini semua berkat doa kami. Kami tidak berharap perkara seperti itu menimpa Indonesia,” katanya.

Indonesia mengatakan bahawa mereka mengetatkan pemantauan kesihatan dan membatalkan penerbangan keluar dan dari China sebagai langkah pencegahan.

Menteri Kesihatan Indonesia Jelaskan Mengapa Negara Mereka Tidak Dijangkiti Virus 1

Kerajaan Indonesia telah mengasingkan 238 rakyatnya yang pulang dari Wuhan dan dikuarantinkan selama dua minggu di pulau Natuna namun telah dibenarkan pulang dan bebas daripada sebarang jangkitan.

Terawan menyatakan bahawa tiada apa yang perlu disembunyikan dan ia disebabkan kemampuan Indonesia dalam memantau kesihatan rakyatnya dan juga ini merupakan kuasa Tuhan.

Menteri Kesihatan Indonesia Jelaskan Mengapa Negara Mereka Tidak Dijangkiti Virus 2

“Panggil Harvard datang ke Indonesia. Saya membuka pintu untuk mereka datang dan lihat bahawa tiada apa yang perlu disembunyikan,” ujarnya lagi.

Sumber: World of Buzz

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here