Home All Isu Semasa Masih Nak Bantuan Sekolah? Sanggup Mengaku Gaji ‘RM1,500’ Walau Rumah Besar Kereta...

Masih Nak Bantuan Sekolah? Sanggup Mengaku Gaji ‘RM1,500’ Walau Rumah Besar Kereta Mewah.

1060
2
bantuan sekolah

Masih Nak Bantuan Sekolah? Sanggup Mengaku Gaji ‘RM1,500’ Walau Rumah Besar Kereta Mewah.  | Pelbagai ragam dilihat pada sesi persekolahan 2020 yang bermula sejak 2 Januari lalu.

Seperti biasa, ada yang menangis apabila ditinggalkan ibu bapa, tidur dalam kelas, malah tidak kurang juga ramai yang teruja berkenalan dengan rakan baru.

Berikutan itu ramai ibu bapa yang mengambil cuti kerana ingin mengajar apa yang perlu dilakukan anak-anak serta melihat sendiri telatah anak pada hari pertama persekolahan.

Tanpa mengira pangkat dan darjat semua bersekolah pada waktu yang sama. Namun tidak semua berada dalam golongan senang malah ada yang datang daripada keluarga yatim piatu.

Dan secara amnya, bantuan dan peruntukan khas akan diberi pihak sekolah kepada ibu bapa yang kurang mampu dalam menyediakan bantuan sekolah kepada anak-anak.

Ia bertujuan bagi meringankan bebanan ibu bapa, apatah lagi mereka yang mempunyai anak ramai bersekolah dan memerlukan bantuan sekolah.

Namun terdapat segelintir ibu bapa yang sanggup mengubah gaji mereka dalam borang yang perlu diisi dengan harapan peroleh bantuan sekolah sama seperti ibu bapa lain yang kurang bernasib baik.

bantuan sekolah

Menerusi posting seorang guru dalam laman sosial Facebook, Mohd Fadli Salleh melahirkan kekecewaanya terhadap sikap ibu bapa ini mengambil hak orang lain yang lebih layak daripada mereka.

Menipu Pendapatan Untuk Dapatkan Bantuan Sekolah

“Tempat ruangan pendapatan tu dia letak gaji RM700 – RM1,500 sahaja. Maka bila ikut kira-kira, anak dia layak dapat semua bantuan yang ada. RMT, KWAMP, bantuan RM100 setiap anak dan sebagainya.

“Tapi bila pergi ke rumah, rupanya ada kereta mewah. Ada pula kereta kedua malah ke tiga. Motor dua tiga biji. Rumah milik sendiri yang agak besar juga. Duit poket anak pun mampu beri hingga RM5 sehari. MasyaAllah. Tidak ada sedikit rasa bersalahkah dalam hati mereka-mereka ini?” soalnya.

Baginya, penipuan itu sangat tidak berbaloi kerana boleh mempengaruhi sahsiah murid-murid bukan sahaja di sekolah. “Menipu pendapatan untuk sedikit bantuan sekolah. Mengambil benda yang bukan hak kita.

“Bagaimana status halal haram setiap suap nasi RMT yang anak kau suap itu? Bagaimana status halal haram setiap wang ringgit yang diambil bukan milik kita? apa kamu masih punya agama?” soalnya lagi.

Fadli yang juga merupakan guru Sekolah Kebangsaan Gombak 1 itu menyeru semua ibu bapa agar tidak sesekali mengamalkan tindakan tidak bermoral hanya kerana keuntungan sementara.

“Yang bukan rezeki kita, lepaskan. Hak orang lain, pulangkan.

“Yang pernah buat, harap insaf. Yang belum buat, jangan buat. Nanti hidup tidak berkat. Bukan sahaja hidup kita, mungkin akan membawa sampai ke anak-anak, ” ujarnya.

Sehingga kini, posting tersebut meraih lebih 2,000 perkongsian dan rata-rata netizen bersetuju dengan pendapatnya.

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here