Home All Isu Semasa Selain IPTA & IPTS, Lepasan SPM Usah Malu Terjun & Belajar Ke...

Selain IPTA & IPTS, Lepasan SPM Usah Malu Terjun & Belajar Ke Bidang Kemahiran

2187
1
SPM

Selain IPTA & IPTS, Lepasan SPM Usah Malu Terjun & Belajar Ke Bidang Kemahiran | Mengkaji semula corak perkembangan industri pekerjaan sehingga sekarang, ternyata graduan IPTA dan IPTS berdepan detik getir kerana ramai yang terkandas memiliki kerjaya bersesuaian dengan bidang.

Memang benar rezeki masa depan itu bergantung kepada usaha seseorang, namun tidak salah sekiranya kita melakukan persiapan awal. Khususnya kepada lepasan SPM 2019 yang pastinya sedang sibuk memikirkan hal itu, kalian digalakkan untuk memilih bidang bertepatan.

Sambung belajar dalam bidang yang diminati selepas keputusan SPM

Sejak kecoh mengenai berita keputusan SPM yang sudah keluar sejak minggu lalu, beberapa individu tampil berkongsikan pendapat mereka.

Bukan sahaja tidak digalakkan mengikut kawan, malahan lebih baik memilih jurusan yang sesuai dengan minat serta kemampuan masing-masing. Pastinya keputusan itu bakal dipengaruhi desakan ibu bapa, namun komunikasi 2 hala sangat penting demi masa depan sendiri.

SPM

Jangan pandang rendah kemahiran teknikal

Tidak ketinggalan, golongan muda juga digalakkan untuk bersikap lebih terbuka dalam mencuba bidang kemahiran meliputi institusi seperti politeknik serta kolej vokasional. Sesungguhnya, bukan IPTA dan IPTS sahaja yang menjadi pilihan tetap untuk menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

Sudah memasuki tahun 2020, institusi kemahiran tidak wajar dipandang rendah kerana ia sebenarnya mempunyai demand yang tinggi dalam mengisi keperluan industri.

SPM

80% graduan kemahiran dapat kerja lepas habis belajar

Memetika kenyataan yang pernah dikeluarkan pihak Harian Metro, sebilangan 80 peratus lepasan graduan bidang kemahiran sebenarnya berjaya memperolehi pekerjaan sejurus tamat pengajian. Ini sekali gus membuktikan bahawa mereka yang memiliki sijil kemahiran telah diiktiraf oleh industri.

SPM

Sumber : Twitter Megat Ali, Tok Ketua, Harian Metro

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here