Home All Isu Semasa Bahaya Dan Licin Antara Sebab Laluan Motosikal ‘Federal Highway’ Tidak Jadi Pilihan

Bahaya Dan Licin Antara Sebab Laluan Motosikal ‘Federal Highway’ Tidak Jadi Pilihan

1252
1
Laluan Motosikal

Bahaya Dan Licin Antara Sebab Laluan Motosikal ‘Federal Highway’ Tidak Jadi Pilihan | Semalam tular rakaman video kemalangan sebuah motosikal yang merempuh kereta BMW di Lebuhraya Persekutuan selepas kereta tersebut secara tiba-tiba mengambil susur keluar ke kiri.

Rempuhan itu kemudiannya mengakibatkan mangsa terpelanting ke tengah jalan sebelum pemandu kereta tersebut meninggalkan tempat kejadian.

Walaupun rakan mangsa dalam satu kiriman di Facebook mengakui penunggang itu juga bersalah kerana tidak menggunakan laluan motosikal yang dikhaskan, namun ada juga netizen yang mempunyai pendapat berbeza.

Menurut mereka, laluan motosikal yang disediakan adalah tidak selamat untuk dilalui oleh para penunggang motosikal yang menggunakan lebuh raya itu.

Rata-rata mereka berpendapat bahawa laluan yang disediakan untuk penunggang motosikal itu sebenarnya lebih berbahaya daripada jalan utama dengan masalah seperti lorong yang sempit dan permukaan jalan yang dikatakan berada dalam keadaan teruk.

Laluan Motosikal Federal Highway Yang Teruk Dan Bahaya

Laluan Motosikal Laluan Motosikal Laluan Motosikal

Malah ada juga yang berpendapat hanya mereka yang pernah menggunakan laluan itu sahaja mengetahui apa yang dihadapi oleh penunggang-penunggang motosikal ini.

Disebabkan masalah-masalah seperti keselamatan diri dan keadaan jalan yang tidak berapa baik ini jugalah yang membuatkan ada dalam kalangan penunggang motosikal yang membuat keputusan untuk menggunakan laluan utama seperti yang berlaku pada semalam.

Laluan Motosikal

Laluan Motosikal

Laluan Motosikal

Malah, ada juga dalam kalangan netizen yang berpendapat masalah ini bukanlah sesuatu yang baru sahaja berlaku tetapi telah berlarutan sejak sekian lama.

Menurut seorang netizen, sukarelawan seperti Lando Zawawi pernah beberapa kali mengutarakan masalah ini kepada pihak berwajib namun keadaan di laluan motosikal ini masih berada pada tahap yang lama.

Laluan Motosikal

Tidak dapat dinafikan, ianya adalah salah daripada sudut undang-undang sekiranya penunggang motosikal tidak menggunakan laluan khas yang telah disediakan untuk mereka.

Tetapi bagaimana pula jika menggunakan laluan tersebut hanya akan mendatangkan bahaya kepada mereka terutamanya mereka yang menggunakan laluan ini setiap hari. Sudah pasti risiko untuk mereka mengalami kemalangan akan lebih tinggi walaupun telah menggunakan lorong motosikal ini.

Harapnya, pihak berwajib dapat melihat kembali isu laluan motosikal di lebuh raya ini agar semua pihak terutamanya pengguna motosikal tidak lagi berasa risau dan dan khuatir untuk menggunakannya.

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here