Home Pengetahuan Ladang Bunga Matahari Di Perlis Kini Menjadi Destinasi Wajib Untuk Diterokai

Ladang Bunga Matahari Di Perlis Kini Menjadi Destinasi Wajib Untuk Diterokai

1014
2
ladang bunga matahari

Bunga matahari atau nama saintifiknya Helianthus Annuus mempunyai peminatnya yang tersendiri. Oleh kerana saiz kuntumannya yang besar ia membuatkan rupanya sentiasa kelihatan segar dan cantik.

Ramai daripada kita pasti berfikiran bahawa jika mereka mahu menikmati pemandangan bunga matahari mereka perlu meneroka wilayah Lopburi, Thailand kerana jaraknya yang paling dekat dengan Malaysia.

ladang bunga matahari

Ladang Bunga Matahari Di Malaysia

Tetapi tahukah anda, sebenarnya Malaysia juga mempunyai ladang bunga matahari sendiri yang pemandangannya sama?

Untuk pengetahuan anda, terdapat sebuah ladang bunga matahari yang telah dibuka di negara kita. Ladang tersebut terletak di Taman Ular dan Reptilia Kangar, Perlis dan beroperasi dari jam 9 pagi hingga 5 petang.

Difahamkan ladang bunga matahari ini baru sahaja dibuka pada bulan Julai 2019 lalu. Bagi anda yang ingin menerokai ladang bunga matahari ini, harga tiket yang ditawarkan juga sangat murah iaitu RM6 untuk dewasa dan RM3 untuk kanak-kanak.

ladang bunga matahari

ladang bunga matahari

ladang bunga matahari

Sumber

Oleh kerana, cuaca dan landskap semulajadi negeri Perlis cukup indah ianya mampu menjadikan ladang ini tarikan utama pelancongan untuk bergambar dan memuat naik gambar mereka dikelilingi pokok bunga yang cantik itu.

Selain itu, ladang tersebut juga memberi peluang kepada orang ramai untuk cuba menanam benih bunga matahari dan bukan itu sahaja, malah kita juga dapat melihat lebih 150 spesis ular disini.

Baca Selanjutnya

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here