Home All Isu Semasa Rakyat Malaysia Pertikai Keperluan Tabung COVID-19, Negara Lain Terima Bantuan Daripada Menteri!

Rakyat Malaysia Pertikai Keperluan Tabung COVID-19, Negara Lain Terima Bantuan Daripada Menteri!

3894
2
tabung covid-19

Rakyat Malaysia Pertikai Keperluan Tabung COVID-19, Negara Lain Terima Bantuan Daripada Menteri! | Seperti yang semua ketahui, kes COVID-19 di Malaysia kian merisaukan seluruh rakyat Malaysia. Setakat ini, 158 kes positif yang telah dilaporkan manakala 32 daripadanya sudah pulih dan dibenarkan discaj.

Dengan jumlah pesakit yang kian meningkat, sudah pasti banyak bekalan perlindungan seperti topeng muka, pencuci tangan dan sebagainya akan bekurangan kepada seluruh rakyat.

Bagi membendung masalah itu, kerajaan telah melancarkan Tabung COVID-19 dengan geran berjumlah RM1 juta untuk membantu mereka yang terkesan kerana penularan virus itu.

Rakyat Malaysia digalakkan memberi derma dan wang tersebut akan dihulurkan kepada sesiapa yang menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari. Dikhabarkan, individu yang berpendapatan rendah akan menerima bantuan sebanyak RM100 sehari bagi menampung proses kuarantin dan rawatan.

Rakyat Malaysia Pertikai Keperluan Tabung COVID-19, Negara Lain Terima Bantuan Daripada Menteri! 1

Respon Netizen Berkaitan Tabung Covid-19

Walaubagaimanapun, terdapat segelintir rakyat yang mempertikaikan keperluan tabung Covid-19 ini dan mempersoalkan kenapa pihak atasan yang lebih berkemampuan tidak membantu seperti apa yang dilakukan oleh negara lain.

Presiden Singapura dan menteri kabinet membuat keputusan untuk memotong gaji mereka selama sebulan bagi membantu rakyat mereka. Selain itu kakitangan perubatan yang bekerja secara terus dengan pesakit COVID-19 turut menerima bonus sebagai penghargaan kepada pengorbanan mereka.

Seorang individu turut menceritakan syarikat gergasi di Korea Selatan iaitu SAMSUNG yang menghulurkan sumbangan kepada orang yang memerlukan dan para selebriti juga menyumbangkan hampir jutaan ringgit untuk membendung COVID-19 daripada terus menular.

Rata-rata individu meluahkan rasa kesal dengan pihak atasan yang tidak mahu langsung mengeluarkan duit daripada poket sendiri untuk meringankan beban rakyat dan sepatutnya mereka jadi penderma utama untuk Tabung COVID-19.

Kalau nak dibandingkan pendapatan mereka dengan penduduk biasa, sudah pasti mereka mempunyai kemampuan berlipat kali ganda untuk membantu menjana Tabung COVID-19.

Diharapkan wabak COVID-19 akan kian pulih di seluruh dunia tidak lama lagi.

Sumber

Baca Selanjutnya

Rakyat Malaysia Pertikai Keperluan Tabung COVID-19, Negara Lain Terima Bantuan Daripada Menteri! 2

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here