Home All Isu Semasa Kedai Hardware, Alat Ganti Kereta Dan Makanan Haiwan Boleh Beroperasi Mulai Esok

Kedai Hardware, Alat Ganti Kereta Dan Makanan Haiwan Boleh Beroperasi Mulai Esok

8758
1
Kedai Hardware, Alat Ganti Kereta Dan Makanan Haiwan Boleh Beroperasi Mulai Esok

Kedai Hardware, Alat Ganti Kereta Dan Makanan Haiwan Boleh Beroperasi Mulai Esok | Setelah beberapa minggu Perintah Kawalan Pergerakan dilakukan diseluruh negara, kerajaan membuka sedikit ruang untuk perniagaan melibatkan kedai hardware, alat ganti kereta, makanan haiwan dan kedai menjual baja/racun untuk beroperasi bermula pada esok hari.

Kebenaran yang diberi kepada beberapa jenis premis perniagaan seperti kedai hardware yang menjual baja dan alat pertukangan dua hari seminggu akan membolehkan masyarakat memanfaatkan aktiviti produktif bersama keluarga di rumah.

Bagi Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL), Mohamad Zain A Hamid, kebenaran sedemikian akan menggalakkan orang awam di daerah itu mematuhi arahan dengan berada di rumah sambil melakukan pelbagai aktiviti bersama keluarga.

Kedai Hardware, Alat Ganti Kereta Dan Makanan Haiwan Boleh Beroperasi Mulai Esok 1

Kedai Hardware, Alat Ganti Kereta Dan Makanan Haiwan Dibenarkan Operasi 2 Kali Seminggu

“Selaras dengan arahan semasa Majlis Keselamatan Negara (MKN), beberapa perkhidmatan dan perniagaan dibenarkan beroperasi dua kali seminggu sepanjang tempoh penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Ini adalah kelonggaran bagi orang awam mendapatkan apa juga keperluan di kedai seperti di kedai hardware berkenaan supaya dapat menjalankan aktiviti di rumah.

“Perkhidmatan atau perniagaan yang dibenarkan ialah Kedai Baja / Racun, Kedai hardware, Kedai Menjual Makanan Haiwan dan Kedai Menjual Alat Ganti Kenderaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Mohamad Zain A Hamid berkata, semua perkhidmatan dan perniagaan yang dibenarkan beroperasi itu akan bermula esok.

Waktu Operasi 8 Pagi Hingga 4 Petang

Pusat servis dan kedai alat ganti kenderaan di Selangor dibenarkan beroperasi mulai 8 pagi hingga 4 petang setiap hari bagi tujuan kecemasan sepanjang fasa kedua Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kata EXCO kerajaan tempatan.

Ng Sze Han berkata Kerajaan Negeri memberikan keutamaan kepada barisan hadapan yang perlu keluar bekerja setiap hari dan pihak terbabit dalam perkhidmatan penting, lapor Berita Harian.

“Tetapi semua individu dalam apa juga situasi perlu mematuhi jarak sosial satu meter apabila berada di tempat awam seperti itu.

“Bagi yang tiada keperluan untuk keluar, duduk di rumah bagi membantu mengekang penularan wabak Covid-19,” katanya.

Beliau berkata kebenaran itu juga bagi membantu sektor lain perlu bekerja sepanjang tempoh PKP sehingga 14 April ini.

Sebelum ini, perkhidmatan pembaikian kenderaan dibenarkan beroperasi termasuk penundaan berdasarkan kawalan tambahan fasa pertama PKP Negeri Selangor.

“Hari yang dibenarkan operasi ialah pada hari Isnin dan Khamis iaitu 8.00 pagi hingga 4.00 petang.

“Orang awam diingatkan supaya sentiasa mematuhi arahan semasa dan mengambil langkah-langkah keselamatan dan kesihatan semasa pengoperasian seperti memakai penutup mulut dan hidung, menyediakan pencuci tangan dan langkah penjarakan sosial,” katanya.

Bagi mereka yang ingin mencari barangan keperluan rumah di kedai hardware pastikan tidak mengambil masa yang lama untuk membuat pembelian. Beli apa sahaja yang perlu dan apa jenama yang ada sahaja tanpa perlu membuang masa.

Ini mengurangkan tempoh terdedahnya kita kepada potensi pembawa wabak yang mereka sendiri tidak sedar. Tidak perlu untuk berborak ataupun bertanya perkara yang tidak perlu. Singkatkan tempoh pembelian membantu lebih ramai lagi boleh membuat pembelian.

Baca Selanjutnya

Kedai Hardware, Alat Ganti Kereta Dan Makanan Haiwan Boleh Beroperasi Mulai Esok 2

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here