Home All Isu Semasa Hidap Kanser Lidah Tahap 4, Anak Rayu Doa Netizen Moga Mak Kuat...

Hidap Kanser Lidah Tahap 4, Anak Rayu Doa Netizen Moga Mak Kuat Lawan Sakit

4742
1
doa

Hidap Kanser Lidah Tahap 4, Anak Rayu Doa Netizen Moga Mak Kuat Lawan Sakit | Pasti meruntun jiwa seorang anak apabila melihat orang tua ditimbah musibah ataupun penyakit. Sebagai seorang anak, pasti ingin mencari jalan yang terbaik untuk menyelamatkan dan menyembuhkan penyakit yang menimpa mereka.

Hari ini, seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Nurul Shafina, berkongsi kisah duka yang harus ditanggung oleh dirinya sekeluarga. Nurul Shafina dengan merendah hati pohon doakan kesembuhan dan kekuatan daripada orang ramai untuk mendoakan ibunya yang kini sedang menderita sakit kanser.

Mohon semua sahabat & kenalan doakan…

Mak kepada gadis ini dikhabarkan sedang menderita penyakit kanser lidah yang kini berada ditahap yang keempat. Lebih terlihat sayu, Nurul Shafina turut memuat naik beberapa keping gambar emaknya itu.

Agak mengejutkan apabila terlihat perubahan yang besar sebelum dan semasa maknya itu menghidap penyakit kanser lidah ini.

Hidap Kanser Lidah Tahap 4, Anak Rayu Doa Netizen Moga Mak Kuat Lawan Sakit 1

Sel kanser merebak ke leher!

Hidap Kanser Lidah Tahap 4, Anak Rayu Doa Netizen Moga Mak Kuat Lawan Sakit 2

Hidap Kanser Lidah Tahap 4, Anak Rayu Doa Netizen Moga Mak Kuat Lawan Sakit 3

Maknya terlihat kuat disamping keluarga untuk melawan penyakit yang dihidapinya dan mempunyai semangat juang yang tinggi untuk meneruskan hidup.

Maknya kini berada di tempatkan dan dibawah rawatan Hospital Bukit Mertajam.

Netizen Memberikan Kata Semangat Dan Doa Untuk Mereka Sekeluarga

Orang ramai dilihat meninggalkan kata-kata semangat buat Nurul Shafina sekeluarga menerusi ruangan komen di posting yang telah dimuat naik olehnya itu. Ramai juga dilihat mendoakan dan berharap agar emak kepada gadis ini beransur pulih seperti sedia kala.

doa

doa

Sumber: Facebook.

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here