Home All Isu Semasa Jual kuih Air Tangan Ibu di Sekolah, Muka Murid Berubah Ditegur Guru....

Jual kuih Air Tangan Ibu di Sekolah, Muka Murid Berubah Ditegur Guru. “Peraturan Tetap Peraturan”

11688
0
jual makanan

Jual kuih Air Tangan Ibu di Sekolah, Muka Murid Berubah Ditegur Guru. “Peraturan Tetap Peraturan” | SETIAP kali bunyi loceng menandakan waktu rehat di sekolah, golongan muridlah yang paling seronok kerana dapat makan bersama rakan-rakan di kantin.

Tetapi lain pula halnya dengan kisah seorang murid yang dikesan membawa bungkusan mengandungi beberapa bekas kuih untuk dijual kepada murid lain sebelum waktu rehat.

“Mak saya buat cikgu. Mak suruh jual kuih kat sekolah,” ujar murid berusia 10 tahun itu sambil tersenyum apabila ditegur oleh seorang guru.

Guru berkenaan yang berkongsi kisah itu di halaman Facebook, Mohd Fadli Salleh berkata, aktiviti murid menjual di sekolah merupakan satu kesalahan.

jual kuih
Kuih yang dibuat oleh seorang ibu untuk dijual oleh anaknya di sekolah.

Satu Kesalahan Jual Kuih Di Sekolah

“Berubah muka murid tersebut bila aku cakap macam tu. Memang ketara perubahan air muka dari gembira dengan hasil jualan menjadi takut dihukum atau didenda guru disiplin,” katanya.

Bercakap kepada murid berkenaan, Mohd Fadli berkata, aktiviti menjual dalam kalangan murid di sekolah tidak dibenarkan.

“Pertama sekali, orang lain akan dengki. Mereka pun nak jual kuih juga. Kedua, kalau duit jualan awak hilang, macam mana?

“Ketiga, kalau semua orang jual makanan, tiada orang akan makan dan beli di kantin. Rugi orang kantin. Keempat, jika makanan awak jual tu buat orang lain sakit perut macam mana?” jelasnya kepada murid tersebut.

Riyak wajah murid yang kerisauan itu semakin hilang selepas diberikan penerangan, malah mengangguk tanda faham kerana tidak dimarahi.

“Kali ini tak apa, cikgu maafkan. Lagipun awak tidak tahu. Mak awak pun tak tahu. Dalam Islam, kalau tak tahu, dimaafkan kesalahan itu.

“Simpan duit awak elok-elok, jangan bagi hilang. Pulang nanti terus bagi kat mak. Beritahu elok-elok kat mak apa yang cikgu cakap pasal peraturan jual kuih ni,” ujarnya.

Aku suka sikap mak budak ini dan murid ini sendiri. Emaknya cuba mencari duit sampingan… anak pula tidak segan membantu ibu, tidak malu berniaga.

MOHD FADLI

Mohd Fadli kemudian bertanya tentang baki makanan yang ada dan harga setiap satu.

“Tiga bekas cikgu, RM2 satu bekas,” ujar murid tersebut.

“Bak sini semua, cikgu beli,” kata Mohd Fadli yang kemudian menyerahkan tiga bekas makanan itu kepada murid-murid lain yang dalam perjalanan ke kantin.

jual kuih
Seorang murid berwajah ceria apabila hasil jualannya habis dijual di sekolah.

Namun, apa yang membanggakan Mohd Fadli adalah murid berkenaan tidak lagi menjual makanan di sekolah kerana mematuhi peraturan dan menerima nasihatnya.

“Aku suka sikap mak budak ini dan murid ini sendiri. Emaknya cuba mencari duit sampingan, bukan duduk saja merungut tentang susahnya sebuah kehidupan.

“Si anak pula tidak segan membantu ibu jual kuih, tidak malu berniaga dan amanah menyimpan hasil jualan. Aku percaya, murid ini akan berjaya dalam hidupnya. Kemungkinan besar menjadi ahli perniagaan.

“Namun peraturan tetap peraturan. Jika satu pengecualian aku beri, orang lain akan meminta hak yang sama… akhirnya peraturan tidak lagi diikuti dan tidak dihormati.

“Aku sangat percaya bukan semua kesalahan patut diberi hukuman. Ada sesetengah kesalahan, memberi nasihat dan sokongan itu lebih berkesan,” katanya sambil menambah teguran dan nasihat itu membentuk murid menjadi insan yang berguna.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here